fbpx

AKID TERPANTAS DI TELUK INTAN


Pusingan Keenam Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix bermula hari ini di Litar Teluk Intan dan Md Akid Aziz dari PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing Team kembali dengan aksi yang mantap apabila beliau mencatatkan masa terpantas di sesi kelayakan bagi kategori CP150 pada petang ini.

Di sesi latihan bebas 1 pagi tadi, Iqbal Amri dari pasukan GIVI Tekhne Yamaha mencatatkan masa terpantas pada 47’708s diikuti oleh Akid Aziz dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing pada 47’726s dan Afizad Supaat dari pasukan GIVI Tekhne Yamaha dengan catatan masa 48’072s.

Bagi kategori CP150, dua sesi kelayakan telah dijalankan. Di sesi pertama, Akid tampil dengan masa terpantas pada 47’029s diikuti oleh Iqbal Amri dengan masa terpantas beliau pada 47’321s. Di tempat ketiga terpantas adalah Afif dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing dengan catatan masa beliau pada 47’356s. Di sesi kedua, Akid sekali lagi mencatatkan masa terpantas pada 46’951s diikuti oleh Azroy dari pasukan Honda Yuzy Estremo Team dengan catatan masa terbaiknya pada 47’312s dan Afif pada 47’323s.

Dengan ini, Akid mencatatkan masa terpantas pada 46’951s. Di sesi kelayakan yang berlangsung di litar ini pada tahun 2019, Akid mencatatkan masa terbaiknya pada 51’887 dan mendapat tempat ketujuh di perlumbaan akhir. Jelas ternyata, Akid semakin hebat musim ini dengan peningkatan prestasi yang menakjubkan di litar ini.

Menurut Akid, “Jentera saya untuk sesi kelayakan tadi lebih baik daripada di sesi latihan pagi tadi. Saya cuba untuk mempertingkatkan prestasi saya sedikit demi sedikit. Tetapi, sudah pasti saya ingin memperbaiki lagi prestasi saya untuk perlumbaan esok. Cabaran tetap ada di setiap litar tetapi apa yang penting bagi saya adalah untuk kekal konsisten. Untuk esok, saya akan cuba buat yang terbaik.”

Azroy Hakeem Anuar mencatatkan masa kedua terpantas di sesi kelayakan dengan catatan masa terbaiknya pada 47’312s.

Md Iqbal Amri pula mengambil tempat ketiga terpantas dengan masa terbaiknya pada 47’321s.

Dapatkan info terkini di www.malaysiancubprix.com

Ikuti kami di Facebook

, , ,