fbpx

AKIF KUASAI LITAR TANGKAK

Di kategori Wira KBS Pusingan 7 Kejuaraan PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix yang berlangsung di Litar Lumba Tangkak, Johor, Md Akif Abdullah dari HONDA KC RACING berjaya mencatat masa terpantas di sesi kelayakan.

Pada sesi latihan 2, Akif mencatat masa terpantas pada 46:095s. Di tempat kedua adalah rakan sepasukannya, Adi Puta Anahar pada 46:265s diikuti Md Adib Arsyad Md Hisam dari YAMAHA ESTREMO 27 RACING pada 46:349s.

Kemudian, pada awal sesi kelayakan menyaksikan Adi mengetuai kumpulan, diikuti dua pelumba dari PETRONAS SPRINTA YAMAHA – 31 RACING, Farres Putra Md Fadhil dan Md Fareeq Md Faizal.

Akif tidak mengambil masa lama untuk perbaiki catatan masanya berjaya menempatkan diri di kedudukan teratas. Manakala Adib dan Farres terus merebut tempat kedua.

Akif menduduki tempat pertama selepas mencatatkan masa terpantas 45:710s.

Akif berkata, “Hari ini, saya telah memberikan usaha terbaik saya semasa sesi kelayakan, dan Alhamdulillah, saya berjaya meraih tempat pertama. Persaingan kali ini sangat sengit dan mencabar, dan saya sedar betapa sukar cabarannya. Esok, saya akan berusaha lagi untuk memberikan yang terbaik. Jentera saya berfungsi dengan baik hari ini, cuaca juga agak baik, dan sambutan Hari Merdeka turut menambah semangat dan motivasi saya.”

Di tempat kedua adalah Farres pada 46:218s.

Adib di tempat ketiga pada 46:256s.