fbpx

AFIF TERPANTAS DI TELUK INTAN


Pusingan 4 Kejuaraan PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix yang berlangsung di Stadium Mini Teluk Intan, Perak hari ini menyaksikan pelumba PETRONAS SPRINTA YAMAHA – CKJ RACING, Ahmad Afif Amran mencatatkan masa terpantas di sesi kelayakan kategori CP150.

Pada sesi kelayakan 1 Afif mencatat masa terpantas 47:474s. Di tempat kedua adalah rakan sepasukannya, Md Akid Aziz pada 47:647s diikuti Azroy Hakeem Anuar dari HONDA ESTREMO YUZY RACING di tempat ketiga pada 47:727s.

Pada sesi kelayakan 2, Afif mengekalkan kedudukannya selepas mencatat masa terpantas 47:626s. Azroy di tempat kedua dengan catatan masa terpantas 47:726s diikuti pelumba PETRONAS SPRINTA YAMAHA MAJU MOTOR, Kasma Daniel Kasmayudin pada 47:754s.

Berdasarkan keputusan digabungkan, Afif tampil terpantas dengan catatan 47:474s diikuti rakan sepasukannya, Akid pada 47:647s dan Azroy di tempat ketiga pada 47:727s.

Menurut Afif, “Apa yang berlaku Ketika sesi kelayakan 2 tadi, setelah saya mencatatkan masa terpantas pada sesi kelayakan 1, semua pelumba bermula menjadikan saya sasaran, cuba mengikut ‘racing line’ saya. Jadi saya tidak dapat perbaiki catatan masa saya. Syukur alhamdulillah, berbaki satu minit sebelum sesi tamat, ruang di depan saya terbuka, serta jurang yang ada dengan pelumba di belakang, saya dapat membuat meningkatkan tunggangan saya bagi perlumbaan akhir esok.”

, , , ,