fbpx

AFIF MANTAP DI KAMPUNG HALAMAN


Pusingan ketujuh Kejuaraan PETRONAS Malaysia Cub Prix kembali beraksi di Litar Permotoran Terengganu hari ini. Ahmad Afif Amran dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing mencatatkan masa terpantas di sesi kelayakan bagi kategori CP150.

Di sesi latihan bebas yang berlangsung pada pagi ini, Ahmad Afif Amran mencatatkan masa terpantas pada 48’790s diikuti oleh Nazirul Izzat dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor dengan catatan masa 49’133s. Akid Aziz dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing mencatatkan masa ketiga terpantas pada 49’143s. Di sesi kelayakan 1 yang berlangsung pada tengah hari tadi, Afif sekali lagi mencatatkan masa terpantas pada 48’839s diikuti oleh Haziq Fairues dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor dengan masa terpantas beliau pada 49’005s dan rakan sepasukannya Nazirul pada 49’026s.

Di sesi kelayakan kedua yang berlangsung pada petang tadi, Afif mencatatkan masa terpantas pada 48’773s sekaligus mencatatkan masa terpantas bagi sesi kelayakan secara keseluruhan. Di pusingan kelima yang berlangsung di litar ini, Afif hanya berjaya di tempat ketiga terpantas di sesi kelayakan dengan catatan masa 48’974s dan menamatkan perlumbaan akhir di tempat kedua. Kali ini, beliau telah menunjukkan peningkatan prestasi dengan catatan masa yang lebih baik di setiap sesi yang telah berlangsung pada hari ini.

Menurut Afif, “Tadi, masa sesi kelayakan, semua dah nampak yang catatan masa perlumba-pelumba agak menghampiri masa saya. Esok sudah pasti akan sengit. Bagi saya, kelebihan mungkin semangat saya yang luar biasa di litar ini sebab kampung halaman sendiri. Lebih-lebih dengan kehadiran ahli keluarga saya. Untuk sesi “Super-Pole” esok, saya harap untuk dapat empat atau tiga teratas. Lebih daripada itu adalah rezeki saya. Untuk perlumbaan esok, saya jangkakan perlumbaan yang sengit kerana jika kita lihat “gap” hari ini, cuba 0.1s. Dari kedudukan 1-10, semua dekat-dekat. Tapi, saya akan buat yang terbaik.”

Di tempat kedua terpantas bagi sesi kelayakan adalah Nazirul Izzat Bahauddin dengan catatan masa terpantas pada 48’815s.

Akid Aziz mengambil tempat ketiga terpantas bagi sesi kelayakan hari ini dengan catatan masa terpantas pada 48’815.

Dapatkan info terkini di www.malaysiancubprix.com

Ikuti kami di Facebook

, , ,