fbpx

ADIB TUNJUK TARING DI TELUK INTAN


Di kategori Wira KBS, pelumba YAMAHA ESTREMO 27 RACING, Md Adib Arsyad Md Hisam berjaya mengatasi kesukaran selekoh di Teluk Intan apabila mencatat masa terpantas di sesi kelayakan. 

Pada sesi latihan 2, Adib mencatat masa terpantas pada 51:404s. Di tempat kedua adalah Farres Putra Md Fadhil dari  PETRONAS SPRINTA YAMAHA – 31 RACING pada 51:656s diikuti Md Aiman Md Hafis dari BROTHERS 7 TECH RACING pada 51:696s.

Kemudian, sesi kelayakan menyaksikan Adib tampak semakin selesa apabila berjaya memperbaiki catatan masa terpantasnya pada 51:306s, sekaligus meletakkan Farres di tempat kedua pada 51:443s dan Raiyan Khardanee Md Sanusi dari PETRONAS SPRINTA YAMAHA – 31 RACING di tempat ketiga pada 51:457s.

Adib berkata, “Apabila berada dalam kelompok di trek kecil akan menggangu catatan masa kerana banyak menggunakan brek, jadi saya membuat keputusan untuk melumba sendirian. Apabila kita berlumba sendirian, kita dapat menilai dengan lebih tepat kemampuan kita. Saya berharap dapat mempertahankan momentum ini dalam perlumbaan esok. Saya tentu ingin mencapai kemenangan, jadi kita akan cari strategi terbaik untuk mencapai matlamat itu dalam perlumbaan esok.”

, , , ,