ADIB SASAR BANGKIT DI TERENGGANU
Di kategori Wira KBS Pusingan 6 Kejuaraan PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix yang berlangsung di Litar Permotoran Terengganu, pelumba YAMAHA ESTREMO 27 RACING, Md Adib Arsyad Md Hisam berjaya mencatat masa terpantas di sesi kelayakan.
Pada sesi latihan 2, pelumba PETRONAS SPRINTA YAMAHA – 31 RACING, Farres Putra Md Fadhil mencatat masa terpantas pada 52:377s. Di tempat kedua adalah Adib pada 52:402s diikuti Md Firdaus Effendy Suhaimi dari BROTHERS 7 TECH RACING pada 52:481s.
Kemudian, pada awal sesi kelayakan menyaksikan Firdaus mengetuai kumpulan, diikuti Md Fareeq Md Faizal dari PETRONAS SPRINTA YAMAHA – 31 RACING, dan Md Aiman Md Hafis dari BROTHERS 7 TECH RACING.
Pada minit ke 5, Aiman mengetuai kumpulan namun kedudukannya dipintas oleh Adib pada 50 saat terakhir sebelum sesi kelayakan tamat.
Adib menduduki tempat pertama selepas mencatatkan masa terpantas 51:685s.
Adib berkata, “Saya ingin berterima kasih kepada pasukan yang bekerja keras mencari pelarasan terbaik untuk jentera saya hari ini. Pada sesi kelayakan tadi saya tidak menjangkakan bahawa saya akan dapat kedudukan “Pole” kerana saya hanya tumpu mempamerkan persembanahan terbaik serta lebih mengutamakan untuk berhati-hati. Untuk perlumbaan esok saya harap saya dapat buat yang terbaik dan cuba mencari mata kejuaraan, susulan pusingan lalu saya gagal menghabiskan perlumbaaan jadi saya mahu membuat kebangkitan di sini.”
Di tempat kedua adalah Aiman pada 51:912s.
Farres di tempat ketiga pada 51:967s.