8 buah motosikal dan pelbagai hadiah menarik bernilai RM100,000 untuk dimenangi para peminat Kejuaraan PETRONAS Cub Prix Malaysia berpeluang untuk memenangi menerusi peraduan ’Siapa Punya Motor?’ yang akan bermula Pusingan 3 & 4 pada 18 dan 19 September 2021.
Walaupun berlangsung tanpa kehadiran penonton, siri kejuaraan yang telah tertangguh lebih 5 bulan pada musim ini akibat Covid-19 bakal kembali menyambung aksi di Litar Sepang Utara dengan menawarkan pelbagai hadiah untuk dimenangi oleh peminat Cub Prix yang menonton siaran secara langsung di facebook rasmi Malaysian Cub Prix.
4 buah motosikal Honda RS150R sumbangan Boon Siew Honda dan 4 buah Yamaha Y15ZR sumbangan Hong Leong Yamaha sedia untuk dimenangi bagi baki 8 pusingan musim ini. Setiap pusingan akan menawarkan sebuah motosikal sebagai hadiah utama disamping pelbagai hadiah menarik sumbangan Racing Boy, UMA Racing, Corsa, ARC, RKM, SCK, KYT, FDR, Maxxis dan Presa untuk dimenangi.
Penyertaan adalah percuma dan penonton hanya perlu menghantar kod rahsia, 5 soalan dan satu slogan di pautan yang akan diberikan ketika siaran langsung perlumbaan. Kod rahsia akan diselitkan dalam hantaran di rangkaian media sosial Kejuaraan PETRONAS Cub Prix Malaysia manakala 5 soalan akan diberikan ketika siaran langsung perlumbaan.
Penerangan lanjut penyertaan boleh dicapai di https://www.facebook.com/watch/?v=970364880363670
Dapatkan info terkini di www.malaysiancubprix.com
Ikuti kami di Facebook