fbpx
Kejuaraan PETRONAS Cub Prix Malaysia bakal bersambung dengan pengumuman tarikh-tarikh perlumbaan bagi empat pusingan seterusnya

PETRONAS CUB PRIX MENGUMUMKAN TARIKH PERLUMBAAN UNTUK PUSINGAN 3, 4, 5 DAN 6

Kejuaraan PETRONAS Cub Prix Malaysia bakal bersambung dengan pengumuman tarikh-tarikh perlumbaan bagi empat pusingan seterusnya, seperti berikut:

Pusingan 3 – Litar Sepang Utara – 18hb September, 2021

Pusingan 4 – Litar Sepang Utara – 19hb September, 2021

Pusingan 5 – Litar Permotoran Terengganu – 2hb Oktober, 2021

Pusingan 6 – Litar Permotoran Terengganu – 3hb Oktober, 2021

“Bagi pihak warga Cub Prix, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada KBS, MKN, KKM serta MAM yang telah banyak membantu dalam usaha kami untuk melengkapkan 10 pusingan Kejuaraan PETRONAS Cub Prix seperti yang dirancang,” jelas Ron Hogg, Pengarah Safe Aim Mutual Sdn Bhd selaku penganjur kejuaraan.

“Pada masa yang sama, kami turut ingin mengucapkan terima kasih kepada semua penaja-penaja kejuaraan terutamanya penaja utama kami, PETRONAS, atas kepercayaan dan sokongan berterusan yang diberikan sepanjang tempoh PKP ini.”

Namun demikian, kehadiran para penonton masih belum lagi dibenarkan. Malah, garis panduan ataupun ‘SOP’ penganjuran acara akan diperketatkan lagi berbanding yang dipraktikkan pada musim lalu.

 

Dapatkan info terkini di www.malaysiancubprix.com

Ikuti kami di Facebook