fbpx

ZAQHWAN TERPANTAS DI TEMERLOH

Md Zaqhwan Zaidi kembali ke prestasi terbaik apabila berjaya mencatat masa terpantas dalam sesi ujian masa CP130 pada Pusingan 8 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2016 yang berlangsung di Temerloh, Pahang, hari ini.

Pelumba Givi Honda Yuzy Racing itu mencatat masa terpantas 43.558s, mengatasi rekod litar miliknya sendiri, 43.668s yang dilakukan pada tahun 2014 dan berjaya mengatasi trio PETRONAS Yamaha Maju Motor, Abdul Muhaimin Roslan, Ahmad Fazli Sham serta pendahulu keseluruhan, Kasma Daniel Kasmayudin.

Abd Muhaimin mencatat masa kedua terpantas dengan catatan 43.565s diikuti Ahmad Fazli, 43.675s dan Kasma Daniel, 43.707s. Md Hafiz Nor Azman (Harian Metro Y-TEQ SCK Honda Racing) melengkapkan lima pelumba terpantas dengan masa 43.808s.

“Keadaan bahu saya masih belum pulih sepenuhnya, hanya kira-kira 80 peratus cergas selepas mengalami kecederaan sewaktu perlumbaan pusingan keenam di Kemaman selain turut menyebabkan saya terlepas aksi pusingan lepas di Pasir Gudang,” jelas Zaqhwan yang akan bersaing mempertahankan kedudukan pendahulu keseluruhan SuperSports 600cc Kejuaraan Motosikal Asia FIM (ARRC) di India, minggu depan.

Tambahnya, “Saya akan berusaha untuk mencari kemenangan pertama buat pasukan dan juga jentera Honda pada musim ini. Jika diukur prestasi semasa dan keupayaan jentera, saya mempunyai keyakinan untuk melakukannya, namun saya perlu bijak mengatur starategi dan berhadapan dengan trio Maju Motor yang mendominasi perlumbaan musim ini.”

cp115

Pasukan Givi Honda Yuzy Racing turut mempamerkan prestasi serupa dalam kelas CP115 melalui Azroy Hakeem Anuar yang muncul pelumba terpantas dengan catatan 44.464s diikuti duo PETRONAS Yamaha Maju Motor, Md Haziq Fairues dan Md Akid Aziz, masing-masing dengan catatan terbaik 44.553s dan 44.576s.

wira

Sementara itu, catatan terpantas kategori Wira dilakukan oleh pendahulu keseluruhan, Md Shafiq Ezzariq (Idemitsu Kozi Yam Honda Racing) dengan masa terbaik 44.973s diikuti Md Helmi Azman (IUGB AFB Tech Racing) dengan masa 44.998s dan Md Qhuwarismi Md Nasir (Weststar Motorsport) ketiga dengan masa 45.340s.

Keputusan Ujian Masa:

CP130

1. Md Zaqhwan Zaidi (SGR) Honda 43.558s 2. Abd Muhaimin Roslan (SGR) Yamaha 43.565s 3. Ahmad Fazli Sham (PRK) Yamaha 43.675s 4. Kasma Daniel Kasmayudin (JHR) Yamaha 43.707s 5. Md Hafiz Nor Azman (PRK) Honda 43.808s

CP115
1. Azroy Hakeem Anuar (KUL) Honda 44.464s 2. Md Haziq Fairues (SGR) Yamaha 44.553s 3. Md Akid Aziz (KUL) Yamaha 44.576s 4. Fakhrusy Syakirin Rostam (JHR) Yamaha 44.772s 5. Md Amirul Ariff Musa (JHR) Honda 44.806s

WIRA
1. Md Shafiq Ezzariq (SGR) Honda 44.973s 2. Md Helmi Azman (SGR) Yamaha 44.998s 3. Md Qhuwarismi Md Nasir (PNG) Yamaha 45.340s 4. Saiful Azhary Muhamad (JHR) Honda 46.114s 5. Md Aiman Tahiruddin (KUL) Yamaha 46.219s