Menjelang perlumbaan musim 2021 Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS, pasukan Idemitsu Honda Yuzy Racing bakal tampil dengan wajah serba baharu dengan corak motosikal yang amat menarik.
Selepas tiga tahun menggunakan warna putih dan perak sebagai warna utama pasukan, pasukan Idemitsu Honda Yuzy Racing kini berwajah baharu dengan warna hitam dan merah sebagai identiti utama pasukan.
Pada masa yang sama, Shahrol Yuzy selaku pemilik pasukan turut mengumumkan strategi pasukan untuk musim 2021.
Pasukan Yuzy Racing akan kekal menggabungkan bakat Azroy Hakeem Anuar, Shahrol Syazras Shahrol Yuzy dan Mohd Amier Rossi Amidi dalam kategori perdana CP150.
“Saya berharap wajah baharu ini akan menyuntik tenaga baru ke dalam pasukan kami dan meningkatkan usaha kami untuk tahun ini. Azroy telah menduduki tempat kedua keseluruhan dalam CP150 selama dua tahun berturut-turut. Pada tahun 2021, kami berharap dapat mengakhiri kemarau tersebut, ”kata Yuzy.
Selain itu, Yuzy juga mengumumkan bahawa pasukan tersebut tidak akan menyertai kelas CP125 pada tahun 2021.
“Amirul Ariff, yang telah berlumba bersama pasukan kami selama 10 tahun, telah membuat keputusan untuk bersara dari dunia perlumbaan. Oleh itu, pasukan kami tidak akan mengambil bahagian dalam CP125 tahun ini. Namun begitu, Amirul masih akan memainkan peranan dalam pasukan kami, sebagai mentor untuk pelumba muda.”
Akhirnya, Yuzy juga mengesahkan bahawa dia akan menggunakan barisan yang sama untuk pasukan juniornya dalam kategori Wira KBS – Castrol Power1 Racing Team. Mohd Harith Haziq Zamri dan Allan Harris Herman akan berganding bahu sekali lagi dalam usaha merebut gelaran Wira.
Saksikan pelancaran wajah baharu pasukan Idemitsu Honda Yuzy Racing di https://www.facebook.com/MalaysianCubPrix/videos/865030297389973