One Make Race atau dikenali Perlumbaan Satu Pengeluar muncul selaku platform ideal bagi pelumba muda Malaysia yang berbakat untuk memulakan langkah pertama mereka menjejaki dunia sukan permotoran dan memberi bimbingan serta sokongan sewajar demi melahirkan juara dunia.
Ia terbukti menerusi beberapa pelumba tempatan yang kini melakar nama di persada dunia!
Kebanyakan pelumba yang kini beraksi cemerlang di peringkat kebangsaan, Asia mahupun anatarabangsa, perjalanan mereka mula di peringkat One Make Race. Perlumbaan satu pengeluar ini mempunyai sejarah melahirkan dan mengembangkan bakat ramai pelumba-pelumba terbaik negara sehingga hari ini dengan memberi pendedahan yang secukupnya
Salah seorang pucuk muda dalam pembikinan adalah juara keseluruhan kategori Yamaha Super Series musim 2022, Md Adie Putra Sukarno, yang mara ke kategori CP125 bagi musim 2023 bersama pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor selepas mengharungi satu musim yang cukup menarik.
Pencapaiannya di musim lalu bukan hanya menarik tetapi cukup memberangsangkan apabila Adie menyambar tempat pertama di podium untuk lapan pusingan berturut-turut pada musim lalu dengan mencatat 195 mata. Kedudukannya sukar digugat walaupun ketinggalan satu pusingan akibat kecederaan.
Kini beraksi di kelas elit CP125, pelumba kelahiran Melaka itu berjaya menempatkan dirinya di kelompok lima teratas selepas lapan pusingan walaupun gagal mengutip mata di tiga pusingan daripadanya. Turut berjaya menjejaki podium selaku pelumba CP125 sebanyak tiga kali.
“Bagi saya kategori paling tinggi yang saya capai buat masa sekarang ini adalah kategori cp125. Dari One make terus ke CP125, saya boleh katakana memang mencabar kerana banyak pesaing yang lebih berpegalaman dan diantara mereka saya yang paling muda. Pada awalnya, sasaran utama saya untuk lebih kepada menimba pengalaman tetapi semakin hari bersaing dalam kategori ini saya tidak mahu beraksi hanya untuk menimba pengalaman sebab saya baru dan tiada pengalaman.
“Disifatkan sebagai pelumba yang paling muda dalam kalangan mereka ketika ini tetapi itu bukan satu alasan atau halangan bagi saya kerana apabila sedang berlumba bersama mereka, saya akan buat sehabis baik untuk kedepan. Saya akan lupakan saya ini adalah ‘underdog’ apabila dibandingkan dengan pelumba lain ketika saya di atas litar dan sentiasa buat yang terbaik. Saya juga memiliki kelebihan saiz badan saya yang kecil yang boleh membantu aspek kelajuan.
Permulaan Adie dalam saingan CP125, bukanlah hanya sinaran pelita sepanjang lapan pusingan yang sudahpun lepas. Membuka tirai dengan ‘DNF’ disusuli dengan gagal mengutip mata, tambah pula dengan isu teknikal jentera.. Pheww! Tapi tetap top 5!
“Sekarang saya keseluruhan ditempat yang ke-5. Alhamdulilah saya bersyukur dengan usaha saya dari pusingan pertama sehinggalah ke sekarang kerana setiap perlumbaan saya akan target untuk perbaiki sedikit sebanyak supaya dapat mencapai target untuk perlumbaan akan datan. Apa yang saya belajar pada setiap perlumbaan jangan terlalu gelojoh untuk kedepan, bersabar dan ada peluang terus kedepan tanpa teragak agak selepas itu buat sehabis baik. Ini adalah strategi utama saya lah… selainnya saya berserah kepada Yang Maha Berkuasa..
“Saya akan perbaiki sedikit sebanyak kekurangan saya setiap pusingan. Saya akan selelu berkomunikasi dengan pasukan dan rakan sepasukan saya. Mereka mempunyai pengalaman yang luas dan sangat berbakat. Jadi, saya senitiasa dengar apa yang mereka kongsikan, ambil apa yang saya perlu dan memperbaiki kekurangannya.
“Buat masa ini, Shafiq Ezzariq dan teammate saya Syafiq Rosli adalah antara pesaing yang paling dekat dengan mata saya dan mereka berada di kelompok tiga terbaik. Sudah pastinya mereka sedikit sebanyak memberi cabaran untuk terus berusaha dan cuba memintas mereka. Apapun setakat ini saya puas hati dengan prestasi pada musim debut ini. Banyak lagi ruang untuk improve… saya akan cuba sehabis baik dengan usaha untuk mengekal kedudukan top 5 saya dan saya akan usaha untuk menaiki lagi podium dengan berbaki 2 pusingan ini , untuk mmengukuhkan lagi kedudukan saya.
“Pada saingan lepas saya gagal megutip sebaran mata. Jadi, target saya untuk round di tangkak adalah dapat buat lebih baik dari round sebelum ini , dan saya akan buat sehabis baik dengan usaha untuk buat masa terbaik dan menaiki podium di litar tersebut. Yang penting saya nak menamatkan pelrumbaan tanpa apa-apa isu dan mengutip maat semaksimum mungkin.”
Dapatkan info terkini di www.malaysiancubprix.com
Ikuti kami di Facebook