Mahu Tebus Kesilapan Sehingga Terlepas Gelaran Keseluruhan
Tengku Amirul Haffirudin sedia untuk bangkit menebus kesilapan musim 2016 apabila memilih untuk kekal beraksi dalam kategori CP115 bagi saingan Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2017 yang akan membuka tirai di Temerloh, Pahang, 4 dan 5 Mac ini.
Bagaimanapun, tugas getir menanti pelumba Motul Zeneos Yamaha YY Pang itu memandangkan bakal berhadapan dengan juara dan naib juara musim lepas, Mohd Akid Aziz dan Mohd Haziq Fairues (PETRONAS Yamaha Maju Motor) yang juga kekal beraksi dalam kelas CP115.
Pada saingan musim 2016, Tengku Amirul dilihat sebagai calon pilihan untuk memenangi gelaran apabila selesa mendahului lain-lain pelumba pada separuh musim pertama kejuaraan namun terlepas gelaran kepada Akid dan sekadar menamatkan saingan di kedudukan ketiga keseluruhan pada penghujung musim.
“Situasi ini jarang berlaku dalam kelas CP115. Selalunya juara akan beralih ke kelas perdana pada musim berikutnya namun disebabkan pengenalan kategori CP150 pada tahun ini, kebanyakan pasukan memilih untuk menggunakan pelumba yang lebih berpengalaman. Sebab itulah juga saya, Akid dan Haziq kekal dalam kelas CP115.â€