Shahrol Syazras Shahrol Yuzy dilihat menunjukkan peningkatan prestasi pada musim ini apabila berjaya meletakkan diri dalam kelompok 10 terbaik pada sesi kelayakan pembuka musim dan kemudian mencuri tumpuan dengan bermula di grid pertama di pelumbaan ARRC yang lalu. Perkembang positif itu membakar semangat pelumba Honda Yuzy Idemitsu Team ini untuk mengekalkan momentum positif itu.
“Pole position hari tu menjadi pembakar semangat saya untuk pelumbaan minggu ni. Saya tidak meletakkan sasaran yang tinggi, saya cuma berharap untuk menamatkan perlumbaan dengan selamat. Jika podium atau menang itu rezeki bonus untuk saya”, kata Syazras.
“Alhamdulillah persiapan untuk minggu ini sangat baik. Saya baru lepas pulih dari kecederaan tangan saya akibat terjatuh ketika perlumbaan 1 ARRC yang lepas”, tambah beliau lagi apabila ditanya tentang persiapan menghadapi perlumbaan Pusingan 3 nanti.
Syazras bakal memberi saingan kepada pelumba-pelumba CP150 pada Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix pada 11-12 Jun 2022 di Litar Sepang Selatan bagi aksi Pusingan 3. Penonton dijemput hadir untuk menyaksikan perlumbaan selain terdapat pelbagai aktiviti dan promosi istimewa dan masuk adalah percuma.
Dapatkan info terkini di www.malaysiancubprix.com
Ikuti kami di Facebook