fbpx

SYAMIL PANTAS DI BATU KAWAN


Md Syamil Amsyar Md Iffende dari PETRONAS Sprinta Yamaha – 31 Racing mencatatkan masa terpantas di sesi kelayakan Pusingan Kesepuluh Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix bagi kategori Wira KBS.

Syamil yang kini telah memungut sebanyak 149 mata berada di tempat kedua secara keseluruhan. Sepanjang musim ini, beliau telah menaiki podium sebanyak enam kali termasuk empat kemenangan di mana beliau mencipta “hat-trick” dengan tiga kemenangan berturut-turut pada pusingan pertama, kedua dan ketiga.

Perlumbaan kategori Wira KBS musim ini telah menampilkan pelumba-pelumba yang berkaliber dan amat berpotensi dan salah seorang daripada mereka adalah Syamil. Pada sesi latihan bebas 1 tadi, beliau telah mencatatkan masa terpantas pada 55’433s dan pada latihan bebas 2, Syamil telah mencatatkan masa terpantas pada 54’683s. Pada sesi kelayakan pula, catatan masa beliau adalah 54’817s.

Md Farish Iqmal Khayrul Elyas dari Honda KC Racing pula telah mencatatkan masa kedua terpantas pada 55’302s.

Di tempat ketiga terpantas adalah Md Adam Haikal Jahar dari PETRONAS Sprinta Yamaha – 31 Racing yang juga merupakan juara keseluruhan bagi musim ini dengan catatan masa 55’563s.

Dapatkan info terkini di www.malaysiancubprix.com

Ikuti kami di Facebook

, , ,