fbpx

HAZIQ CATATKAN MASA TERPANTAS

Md Haziq Md Hamdan dari Honda KC Racing mencatatkan masa terpantas di sesi kelayakan bagi kategori CP125 di pusingan Kesepuluh Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix yang berlangsung di litar Stadium Batu Kawan. 

Haziq kini berada di tempat kesepuluh secara keseluruhan dengan pungutan sejumlah 63 mata. Pada musim lepas, Haziq mendapat tempat kesembilan secara keseluruhan. Walaupun prestasi beliau tidak menunjukkan peningkatan yang ketara, tetapi Haziq telah menaiki podium sebanyak dua kali pada musim ini di tempat kedua dan ketiga. Berbanding dengan musim lepas di mana beliau tidak berpeluang untuk menjejakkan kaki di podium.

Pada sesi latihan bebas 1 dan 2 yang berlangsung pagi tadi, Haziq mencatatkan masa terpantas pada 56’351s dan 54’302s masing-masing. Pada sesi kelayakan tadi, beliau telah tampil dengan prestasi yang lebih bagus dan mencatatkan masa terpantas pada 53’668s. Perlumbaan kategori CP125 sememangnya sengit tetapi bagi pelumba-pelumba yang tidak berlumba di litar ini selama dua tahun, pencapaian masa terpantas menunjukkan kepakaran mereka menguasai litar yang agak teknikal.

Pada tempat kedua terpantas adalah Md Syafiq Rosli dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor yang mencatatkan masa 53’752s.

Md Khairi Asyraf Mahmood dari pasukan YYPang Yamaha Racing Team mencatatkan masa ketiga terpantas pada 53’879s.

Dapatkan info terkini di www.malaysiancubprix.com

Ikuti kami di Facebook