fbpx

SYAIRUL YUSLI CIPTA HATRIK


Pelumba nombor 17, Syairul Yuslie Suhaimi yang memulakan perlumbaan di petak pertama berjaya mengungguli perlumbaan di Kangar dan sekaligus meraih kemenangan hatrik dalam saingan Cabaran Honda Wave Alpha pada musim ini.

Syairul Yuslie menamatkan perlumbaan dengan masa 8’21.700s mempertahankan kedudukan teratas mata keseluruhan. Syairul Yuslie telah menamatkan saingan hari ini dalam masa 8:21.700. Ini juga merupakan kemenangan tiga kali berturut turut bagi Syairul dalam musim 2016 ini.

Tempat kedua milik Md Haikal Syafiq Shuhaimi yang bermula dari petak ketiga dengan masa 8’21.700s manakala tempat ketiga milik Md Arif Adam Hamdan dengan masa 8’23.954s.

Tempat keempat dan kelima menjadi milik Md Haziq Hamdan dan Syafi Zuhair Razak dengan masa 8’24.386s dan 8’33.906s.

Syairul mendahului kedudukan dengan 75 mata maksimum diikuti Md Haziq Md Hamdan dengan 42 mata dan Md Ariff Adam Hamdan dengan 40 mata.

, ,