fbpx

SYAIRUL RAIH KEMENANGAN KEEMPAT


Syairul Yuslie Suhaimi yang menunggang jentera bernombor 17 berjaya melonjakkan diri dari petak kedua grid permulaan untuk terus menyudahkan perlumbaan di hadapan, seperti yang telah beliau lakukan sepanjang musim ini untuk terus menerajui siri Cabaran Honda Wave Alpha musim 2016.

Masih gagal diatasi pencapaiannya oleh pelumba lain, beliau yang menyudahkan perlumbaan kali ini dengan masa 7:54.297, diikuti Md Haziq Md Hamdan hanya 0.365 di belakang. Turut bersama menaiki podium merupakan pemenang kedua di Kangar Md Haikal Syafik Shuhaimi dengan masa 7:54.685.

Malah di sepanjang perlumbaan 10 pusingan ini, kedudukan sembilan pelumba di hadapan tidak berubah sehinggalah di pusingan ke lapan bilamana Md Ariff Adam Hamdan telah terjatuh dan terkeluar dari perlumbaan.

100 mata kini milik Syairul Yuslie, iikuti Haziq dengan kutipan 62 mata dan Luth Harith Erwan ketiga dengan 42 mata.

, ,