fbpx

SHAFIQ RAIH KEMENANGAN BERGANDA

Dalam kategori Wira, hujan lebat sewaktu perlumbaan berlangsung tidak menghalang pelumba-pelumba muda untuk mempamerkan aksi cemerlang dengan gelaran juara menjadi milik Md Shafiq Ezzariq dengan masa 12’02.299s.

Pelumba Idemitsu Kozi Yam Honda itu menewaskan pelumba persendirian, Md Afizi Supaat yang menamatkan perlumbaan dengan masa 12’02.358 manakala rakan sepasukan Shafiq, Md Anuar Ibrahim Pawi (adik kepada pelumba sensasi Negara, Khairul Idham Pawi) meneruskan kecemerlangan keluarga apabila menamatkan perlumbaan di tempat ketiga dengan masa 12’05.164s.

“Saya cuba memberikan yang terbaik sejak dari awal. Cuaca basah tidak mengganggu kerana semua pelumba perlu mengambil risiko serupa. Dari segi jentera, tidak bnyak perubahan yang dapat dilakukan kerana hujan turun tidak lama sebelum perlumbaan bermula.”

Melengkapkan lima pelumba terbaik hari ini ialah Md Helmi Azman (IUGB AFB Tech Racing) dan Saiful Azhary Muhamad (Idemitusu Kozi Yam Honda Racing), masing-masing dengan catatan masa 12’05.223s dan 12’05.233s.

Shafiq mengumpul 50 mata maksimum untuk menerajui kedudukan keseluruhan, 26 mata mengatasi S. Alif Nazirul S. Ismail dan seorang lagi rakan pasukan Shafiq, Saiful Azhary Muhamad, masing-masing terikat dengan 24 mata.

Md Afizi dan Md Qhuwarismi Md Nasir (Weststar Motorsport) masing-masing terikat dengan 20 mata.