fbpx

HARITH KETEPI CABARAN TENGKU AMIRUL DI LITAR BASAH


Dalam kelas CP115, Md Harith Farhan Baharin (Idemitsu Kozi Yam Honda Racing) menggunakan kelebihan beraksi di dalam hujan untuk menewaskan Tengku Amirul Haffirudin (Motul Zeneos Yamaha YY Pang) untuk muncul juara dengan masa keseluruhan 14’22.415s.

Tengku Amirul yang bermula dari petak pertama menamatkan 15 pusingan perlumbaan dengan masa 14’22.629s manakala pelumba persendirian, Md Haeikal Akmal Zakaria di tangga ketiga dengan masa 14’32.285s.

“Kami mempertaruh nasib dengan menggunakan pelarasan yang sepatutnya digunakan untuk perlumbaan di litar kering. Mujurlah ia menjadi dan membantu untuk saya merebut kedudukan pertama meskipun bermula dari petak keempat. Saya gembira dengan kemenangan ini dan terima kasih kepada seluruh pasukan dan semua yang membantu serta menyokong saya,” jelas Harith

Gelaran naib juara meletakkan Tengku Amirul berada di tangga teratas keseluruhan dengan 45 mata diikuti Harith Farhan dengan 41 mata. Melengkapkan senarai lima pelumba terbaik keseluruhan ialah Md Fareez Afeez (FELDA PB Racing) dengan 30 mata, Md Haeikal Akmal Zakaria, 25 mata dan Md Akid Aziz (PETRONAS Yamaha Maju Motor), 18 mata.

, ,