fbpx

SAYA HANYA FOKUS KUMPUL MATA MAKSIMUM – AFIF

Kekal tenang dan tidak mahu tertekan, Ahmad Afif Amran hanya mahu fokus untuk mengumpul mata semaksimum yang mungkin

Kekal tenang dan tidak mahu tertekan, Ahmad Afif Amran enggan menyasarkan sebarang kedudukan menjelang perlumbaan Pusingan 5 dan 6 yang akan berlangsung di Litar Lumba Tangkak minggu ini. Afif sebaliknya hanya mahu fokus untuk mengumpul mata semaksimum yang mungkin.  

“Persediaan saya seperti biasa, seperti perlumbaan sebelum-sebelum ini dan saya hanya ingin fokus untuk kumpul mata semaksimum yang boleh,” ulas beliau ringkas.

Ayam tambatan pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing itu kini mengumpul 71 mata untuk berada di tempat kedua mencabar pendahulu keseluruhan. Beliau yang memulakan musim ini dengan melangkah ke podium kurang bernasib baik apabila gagal menamatkan perlumbaan pada Pusingan 3 sekaligus terjerumus ke tempat ke-11 keseluruhan. 

Pelumba asal Dungun itu enggan mengalah kembali bangkit melakar podium pada Pusingan 4 dan 5 untuk mendaki kedudukan keseluruhan. Afif kemudian terus mengekalkan prestasi cemerlang apabila menamatkan perlumbaan di tempat keempat pada Pusingan 6 untuk kekal di belakang pendahulu keseluruhan.

Berdasarkan rekod dari 5 perlumbaan CP150 yang pernah berlangsung di Litar Lumba Tangkak sejak 2017, Afif sentiasa menamatkan perlumbaan dalam kelompok 5 terbaik dengan tiga podium dan satu kemenangan. Rekod konsisten di litar ini menjadikan Afif antara salah seorang pelumba yang perlu diberi perhatian dalam saingan Kejuaraan PETRONAS Cub Prix Malaysia Pusingan 7 dan 8 akan berlangsung di sana pada 5-7 November nanti.

 

Dapatkan info terkini di www.malaysiancubprix.com

Ikuti kami di Facebook