fbpx

SAFE AIM MUTUAL METERAI MOU BERSAMA MAJLIS BANDARAYA ISKANDAR PUTERI


Pusingan kelapan Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix telah berlangsung hujung minggu ini di Bandar Medini Iskandar. Pusingan ini juga menandakan suatu bab baharu bagi Majlis Bandaraya Iskandar Puteri dan Safe Aim Mutual Sdn. Bhd apabila Memorandum Persefahaman (MoU) Penganjuran Lumba Motosikal PETRONAS Malaysian Cub Prix di tandatangani pada tengah hari tadi oleh Yang Berhormat Dato’ Haji Mohd Haffiz bin Haji Ahmad Datuk Bandar, Majlis Bandaraya Iskandar Puteri dan Ron Hogg, Pengarah Promosi Safe Aim Mutual Sdn Bhd disaksikan oleh Yang Berhormat Tuan Mohd Hairi bin Mad Shah, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Negeri Johor, wakil rasmi YAB Menteri Besar Johor dan Yang Berbahagia Encik Kamal Baharin bin Ahmad, Naib Presiden Kanan dan Ketua Pegawai Eksekutif, Petronas Refinery dan Petrochemical Corporation. Dengan ini, Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix akan diteruskan selama tiga tahun lagi di Bandar Medini Iskandar.

Dapatkan info terkini di www.malaysiancubprix.com

Ikuti kami di Facebook

, ,