fbpx

RECAP 2023 : CP 125 – UJI KEBERANIAN, BINA KEYAKINAN


Ketika saingan di pentas sukan permotoran dua roda berprestij negara, Kejuaraan PETRONAS MAM Malaysia Cub Prix semakin menyengat dengan kehadiran pasukan-pasukan serta pelumba baharu, tidak boleh dinafikan kualiti bakat muda yang dilahirkan bukan sahaja hebat dari segi aspek tunggangan malah juga menyerlah dari aspek mental dan fizikal.

Kejuaraan MCP yang mula secara sederhana ketika diperkenalkan pada 1994, kini memiliki 7 kategori yang mempunyai keistimewaan masing-masing. Ia tidak terhenti di sana, mejelang musim baharu penganjur tekad membawa beberapa pembaharuan untuk memeriahkan lagi satu-satunya saingan jentera dua roda tempatan.

Dalam kesemua kategori yang sedia ada, CP125 boleh disifatkan sebagai platform menguji spek dan kehandalan sesebuah jentera. Ia juga medan bagi industri permotoran untuk menguji tahap kemampuan setiap penciptaan baharu mereka. Sementara, bagi pelumba pula ia menjadi medan menguji keberanian dan daya tahan mereka untuk menempuh setiap cabaran baru tanpa menghirau apa yang menanti di hadapan mereka.

Malah, membuktikan kenyataan itu, pelumba-pelumba yang mengharungi satu saingan yang kompetitif dalam keadaan selesa, berkongsi pengalaman.

MD SHAFIQ EZZARIQ SAIFUL NIZAM – PELUMBA JETRON YAMAHA YYPANG RACING TEAM

“Musim 2023 saya boleh katakana tahun saya dapat semula keyakinan diri bahawa saya mampu berlumba lagi. Selepas mengalami satu kemalangan yang agak serius pada tahun 2017, ia mengambil tempoh yang lama untuk saya kembali mendapat rentak dan momentum ketika mengendali jentera saya. Pada tahun 2021 saya tidak berlumba dan kembali pada tahun 2022 di kelas CP150.

“Saya cukup ‘struggle’ dalam kelas tersebut sebab kebanyakan pelumba-pelumba senior yang berpengalaman dan keselesaan itu tidaklah begitu baik. Apabila saya diturunkan ke kelas CP125, saya sangat bersyukur saya dapat merasa semula kemampuan dirinya untuk meraih beberapa kemenangan. Perasaan itu tidak terkata. Saya lebih konfiden dan selesa mengendali jentera saya.

“Jadi tahun ini, fokusnya hanya satu, iaitu meraih gelaran juara keseluruhan. Apa jua keadaan saya mahu bekerja keras untuk berada di podium pusingan terakhir dengan gelaran juara. Ada sedikit sebanyak pelarasan bagi musim ini tetapi tiada banyak perubahan. Saya dah buat ujian pada har ‘testing’ tempoh hari dan saya rasan tiada banyak beza. Saya harapkan musim ini akan mula dengan kemenangan di Litar Jasin minggu ini.

MD SYAMIL AMSYAR M IFFENDE – PELUMBA PETRONAS SPRINTA YAMAHA 31 RACING

“Kalau nak buat perbandingan, bagi syamil dalam kategori wira kbs pada musim 2022 agak cabar untuk fight championship dengan rakan pasukan saya sendiri lepastu mungkin bukan rezeki saya untuk mendapatkan champion pada tahun 2022…. pada tahun 2023 saya dinaikkan ke kelas CP125. Cabaran di kelas lagi banyak berbeza dengan kelas saya pernah beraksi sebelum ini.

“Bagaimanapun kalau suruh pilih, dari segi cabaran wira kbs atau cp125…saya akan memilih kategori cp125 kerana pelumba dalam kelas tersebut kebanyakkan yang  berpengalaman daripada saya contoh dari segi memberi saingan dan bijak mengendali jentera. Jadi, ia membantu saya mengenali sukan permotoran lebih mendalam.

“Saya seharusnya berterima kasih kepada pasukan saya petronas sprinta yamaha 31racing kerana memberi peluang kepada saya untuk tahun 2024 dalam kategori cp125. Sejak itu, saya mula memperbanyakkan sesi latihan untuk mendapatkan momentumnya. Sasaran peribadi saya tidaklah terlalu tinggi di mana saya ingin menampatkan diri dalam Top 5. Insyallah, akan buat yang terbaik bermula dari Litar Jasin kelak.”

ARASH TSUNAMI KAMARUDDIN

“ Bagi saya musim lepas (2023) amat sukar untuk saya menjejaki podium disebabkan saya dari category one make race ,terus ke CP125 dan pada musim lepas banyak perkara baharu yang saye pelajari di kelas tersebut. Ia bukan saya memberi alasan tetapi ia adalah benar kesengitan di kelas tersebut memang sangat tinggi dan saya rasa tercabar untuk cepat menyesuaikan diri agar saya juga dapat meraih kemenangan.

“Cabaran di sini dari jentera, setiap pelumba akan turun beraksi dengan spek yang lengkap dan semua ada kelebihan masing-masingnya. Berbanding One Make Race, di sini ada juga pelumba yang pernah beraksi di peringkat Asia mahupun antarabangsa. Jadi saya mengambil ia sebagai satu cabaran untuk challenge-kan diri saya bagi musim ini.‘Saya yakin denga napa yang saya menimba musim lalu, saya akan tampil dengan lebih konfiden dan dari segi tunggangan ia akan lebih kemas untuk mencari kedudukan yang lebih bagus dari musim lepas.”

Dapatkan info terkini di www.malaysiancubprix.com

Ikuti kami di Facebook