fbpx

ADIB ARSYAD AKUI SUKAN PERMOTORAN BUKAN HANYA TUNGGANGAN TETAPI JUGA ‘DATA DRIVEN’


Seiring dengan kemajuan teknologi yang sedang berkembang pesat, iklim sukan permotoran juga berubah mengikut trend dan pelbagai pencapaian telah dicapai sehingga hari ini. Dalam sukan permotoran terutamanya dua roda pelbagai pemodenan dan pembaharuan telah dipraktis dan slalunya saingan Kejuaraan Motosikal Dunia, MotoGP, akan menjadi penanda aras bagi setiap kejohanan yang lain di pelosok dunia.

Kejuaraan PETRONAS MAM Malaysian Cub prix juga tidak ketinggalan!

PETRONAS merupakan penaja utama Kejuaraan Cub Prix Malaysia sejak 2003. Bertitik tolak dari situ Cub Prix memasuki dimensi baru penganjurannya dan pelbagai cetusan idea penambahbaikan telah diterapkan. Sehingga ke hari ini, Cub Prix menjadi salah satu siri kejuaraan terbaik bukan sahaja di Malaysia malah menjadi tanda aras penganjuran perlumbaan di negara-negara Asia yang lain.

Kini memasuki dekad ke-3 penganjurannya, setiap pasukan mempunyai ‘kru’ masing-masing untuk menilai dan mengkaji jentera serta struktur perlumbaan bagi mencapai tahap optimum. Boleh dikatakan setiap pasukan bergerak secara ‘Data Driven’ pada era moden ini.

Kejuaraan MCP diperhangatkan dengan kehadiran beberapa pasukan baharu pada musim lalu dan salah satunya adalah Yamaha ESTREMO 27 Racing yang memiliki falsafah ‘Push The Limit’!

Pasukan itu dikendali oleh seorang yang memiliki pengalaman hampir dua dekad dalam arena permotoran di belakang tabir dan seorang yang pernah memikul beberapa jawatan penting bersama beberapa pasukan ‘senior’ di MCP serta pasukan permotoran luar negara, serta seorang yang sudah pastinya mengenali selok belok perlumbaan jentera dua roda ini.

Namanya Erman Subri atau lebih dikenali Ah Fong.

Ah Fong juga pernah memegang jawatan seperti Ketua Mekanik, ketua Jurutera Data dan pernah terlibat dalam pembangunan dan penyelidikan modal (R&D). Beraksi di bawah pemantauan insan berbakat ini, pelumba Yamaha ESTREMO 27 Racing,  Adib Arsyad akui musim 2023 menjadi tempoh yang penting di mana dia bukan sahaja menimba pengalaman tetapi juga menimba ilmu sukan permotoran.

“Pada musim lepas satu cabaran baru buat saya di kelas Wira KBS di mana saya dapat bersaing dengan beberapa rider yang lebih senior dan berpengalaman. Sudah pastinya saya tidak meletakkan sasaran yang tinggi terhadap diri saya sendiri dan saya boleh menyifatkan musim ini lebih kepada belajar selok belok kelas WIRA KBS. Sedikit pun tidak sangka sukan permotora inin lebih luas dari apa yang kita tahu sebelum ini.

“Musim lepas banyak yang saya pelajari dari segi setup motor , layout track, cara beraksi secara kompetitif yang sihat dan paling utamanya adalah data. Keperluan data itu sangat penting untuk kami menganalisis setiap perlumbaan yang akan datang. D isamping itu, saya ingin ucapkan terima kasih kepada pasukan, crew dan boss Yamaha Estremo 27 Racing yang telah bekerja keras menyediakan jentera saya yang amat baik sepanjang musim lepas.

 “Walaubagaimanapun, team saya masih tetap mencuba untuk menaik taraf jentera dari segi handling serta geometry balance setiap kali mula pusingan baharu.”

Pelumba berusia 15 tahun itu mula menjinak dalam sukan permotoran sejak umurnya empat tahun dengan memiliki sebuah pocketbike dan juga beraksi dalam beberapa siri perlumbaan pocketbike.

 “Ayah saya merupakan sebab utama saya dapat menceburi sukan permotoran ini. Beliau yang membelikan motor kecil dan selepas mengenalinya saya mula ada minat yang mendalam terhadap sukan jentera dua roda ini.

“Dan kini saya dapat beraksi di peringkat profesional saya harap perjalanan ini akan pergi lebih jauh. Bagi musim ini saya mahu menerapkan apa yang saya belajar pada tahun lepas dan cuba membuat yang terbaik untuk berada di depan. Saya juga mahu mengutip mata semaksimum mungkin dan azam utamanya adalah untuk beralih ke kelas CP125 musim depan. Saya perlu buat ‘homework’ yang sewajarnya untuk merealisasikan impian itu.”

Dapatkan info terkini di www.malaysiancubprix.com

Ikuti kami di Facebook