fbpx

PUSINGAN 1 ARRC : JOM SOKONG PELUMBA MALAYSIA!!!

Debaran menantikan pembukaan saingan Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) semakin memuncak tatkala seluruh kontinjen sudah bersedia untuk memulakan sesi latihan pra-musim yang dijadualkan berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Malaysia pada 5 dan 6 Mac ini.

Saingan ARRC musim 2019 bakal mencatat sejarah tersendiri apabila buat pertama kali bakal berlangsungnya kategori Asia Superbike 1000cc (ASB1000) yang dijangka akan menjadi daya penarik kepada penonton setelah sekian lama kategori SuperSports 600cc menjadi kategori perdana dalam kejuaraan ini.

Malaysia kembali tersenarai sebagai tuan rumah setelah tidak berada dalam kalendar kejuaraan pada musim lepas dan kali ini Litar Antarabangsa Sepang menjadi medan pertarungan buat pelumba-pelumba handalan seluruh Asia.

Kali terakhir Litar Antarabangsa Sepang menjadi tuan rumah ARRC ialah pada tahun 2015 manakala pada tahun 2016 dan 2017 perlumbaan berlangsung di Litar Pasir Gudang, Johor.

Beraksi di laman sendiri, pastinya tumpuan terarah kepada barisan pelumba-pelumba yang Kategori ASB1000 pasti mencuri tumpuan dengan kehadiran juara SuperSports 600cc Asia dua kali, Azlan Shah Kamaruzaman dan Mohd Zaqhwan Zaidi serta bekas pelumba Moto3, Amirul Hafiq Azmi.

Saingan SuperSports 600cc tidak kurang menariknya dengan menyaksikan pelumba-pelumba muda negara seperti Azroy Hakeem Anuar, Helmi Azman, juara CP150, Kasma Daniel Kasmayuddin dan Ahmad Afif Amran, bekas pelumba Moto3, Adam Norrodin, dan Fakhrusy Syakirin.

Pertembungan terhebat diantara jentera Y15ZR dan RS150R pastinya cukup menarik untuk membuktikan jentera moped atau Underbone terhandal di litar. Seramai 35 pelumba bakal berada di grid yang juga merupakan penyertan teramai setakat ini dalam kelas Underbone 150cc.

Jadi apa tunggu lagi. Ayuh peminat sukan permotoran negara. Mari beramai-ramai ke Litar Antarabangsa Sepang pada 8 hingga 10 Mac ini untuk memberi sokongan kepada barisan pelumba-pelumba negara.

MASUK ADALAH PERCUMA!!! PARKIR PERCUMA!!! Skrin Layar gergasi dengan ulasan perlumbaan sepanjang perlumbaan dalam Bahasa Melayu.

 

Senarai pelumba Malaysia adalah seperti berikut :

Asia Superbike 1000cc

NAMA PASUKAN JENTERA NOMBOR
Md Zaqhwan Zaidi HONDA Asia Dream Racing With Showa HONDA CBR1000RR SP2 21
Azlan Shah Kamaruzaman ONEXOX TKKR SAG Racing Team BMW S1000 RR 25
Amirul Hafiq Azmi ONEXOX TKKR SAG Racing Team BMW S1000 RR 80

 

Supersports 600cc

NAMA PASUKAN JENTERA NOMBOR
Azroy Hakeem Anuar Musashi Boon Siew HONDA Racing Team HONDA CBR600RR 20
Md. Ramdan Rosli ONEXOX TKKR SAG Racing Team YAMAHA YZF-R6 23
Md Helmi Azman Musashi Boon Siew HONDA Racing Team HONDA CBR600RR 32
Ahmad Afif Amran Hong Leong YAMAHA Malaysia YAMAHA YZF-R6 50
Muhamad Adam Mohd Norrodin SIC Junior ZK Racing Team YAMAHA YZF-R6 77
Fakhrusy Syakirin Rostam ONEXOX TKKR SAG Racing Team YAMAHA YZF-R6 81
Kasma Daniel Kasmayudin Hong Leong YAMAHA Malaysia YAMAHA YZF-R6 127

 

Asia Production 250cc

NAMA PASUKAN JENTERA NOMBOR
Muhammad Izam Ikmal SIC Junior ZK Racing Team KAWASAKI NINJA 250 24
Allan Harris  Herman Horizon Motorsport KAWASAKI NINJA 250 47
Shahrol Syazras Shahrol Yuzy Yuzy HONDA Racing HONDA CBR250 RR 61
Nazirul Izzat Md Bahauddin ONEXOX TKKR SAG Racing Team YAMAHA YZF-R25 88
Md Muzakkir Mohamed ONEXOX TKKR SAG Racing Team YAMAHA YZF-R25 92

 

Underbone 150cc

NAMA PASUKAN JENTERA NOMBOR
Md Akid Aziz UMA Racing YAMAHA Maju Motor Asia Team YAMAHA Y15 ZR 13
Md Adib Rosley RCB ACCENTWIRE YAMAHA YYPANG Racing Team YAMAHA Y15 ZR 18
Md Haziq Md Fairues UMA Racing YAMAHA Maju Motor Asia Team YAMAHA Y15 ZR 27
Md Hafiza Rofa ONEXOX TKKR SAG Racing Team YAMAHA Y15 ZR 28
Md. Shah Khairil Hisham United Oil Y-Teq Liberty Racing YAMAHA Y15 ZR 33
Md Affendi Rosli Team One For All YAMAHA Y15 ZR 36
Ahmad Fazli Sham ONEXOX TKKR SAG Racing Team YAMAHA Y15 ZR 46
Md Faiz Zekri Sabri ONEXOX TKKR SAG Racing Team YAMAHA Y15 ZR 57
Md Harith Farhan Baharin** Yuzy HONDA Racing HONDA RS150 R 63
Md Fareez Afeez** RCB ACCENTWIRE Yamaha YYPANG Racing Team YAMAHA Y15 ZR 68
Md Amirul Ariff Musa Yuzy HONDA Racing HONDA RS150 R 76
Md Fitri Ashraff Razali Cardinals Racing Team YAMAHA Y15 ZR 79
Md. Aiman Azman Yuzy HONDA Racing HONDA RS150 R 81
Rozaiman Md Said** Cardinals Racing Team YAMAHA Y15 ZR 97
Md Izzat Zaidi RCB ACCENTWIRE YAMAHA YYPANG Racing Team YAMAHA Y15 ZR 98
Md. Fadlyshah Redzuan HI REV SCK HONDA Racing Team HONDA RS150 R TBC
Md. Aliff Aiman Tumiran** HI REV SCK HONDA Racing Team HONDA RS150 R TBC
Azrulaffendi Hadi HI REV SCK HONDA Racing Team HONDA RS150 R TBC

 

 

Berikut adalah tentatif program bagi Pusingan 1 ARRC

[pdf-embedder url=”https://malaysiancubprix.com/wp-content/uploads/2019/03/RP-SepangRD1.pdf”]


Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *