fbpx

JUARA CP150 HANYA MAHU ‘ENJOY THE RACE’ BAGI PUSINGAN TERAKHIR EDISI KE-30


“Satu kemenangan yang cukup bermakna bagi saya. Lagi-lagi Ketika Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix meraih 3 dekad, ini satu momen yang cukup indah dalam sepanjang karier saya sebagai seorang pelumba profsional,” katanya pelumba Petronas Sprinta Yamaha – CKJ Racing, Md Akid Aziz yang memahat nama selaku juara keseluruhan kelas elit MCP, CP150, pada pusingan lalu.

Mula berkecimpung dalam sukan permotoran sejak umur 5 tahun dengan memiliki ‘pocketbike’ menjejaki dunia profesional melalui Malaysia Cub prix ketika berusia 14 tahun menerusi kategori OMR Honda wave. Seruan ayah untuk mencuba sukan permotoran dua roda terus menjadi minat yang mendalam dalam jiwa pelumba berusia 25 tahun itu.

Bekas tiga kali juara kategori CP115 itu, pernah berkelana itu Itali untuk berlatih di Akademi Valentino Rossi pada tahun 2017. Akid juga beraksi di saingan Asian Road Racing Championship, ARRC, sejak 2013 dan kini dalam kategori UB150.

Pelumba berusia 25 tahun itu juga pernah muncul juara keseluruhan kelas UB150 pada tahun 2017 yang juga merupakan tahun menguasai CP115 buat kali kedua di medan Malaysian Cub Prix. Ini boleh dikatakan zaman gemilang Akid. Seperti setiap pelumba, Akid juga mempunyai waktu sukar untuk mengekalkan rentak kemenangan dan juga pernah melalui tempoh yang memcabar dalam perjalanannya.

“Selepas mengharungi kemenangan ‘back-to-back’ tetiba jatuh itu bukan mudah untuk dikecapi. Agak sukar untuk dapatkan semula rentaknya mahupun di CP150 dan UB150. Saya ‘ struggle’ pada dua-dua kategori itu. Itu adalah satu kebiasaan dalam dunia permotoran. Ada jatuh ada bangun, yang pentingnya tidak putus asa. Saya cuba dan cuba. Saya hanya berpeluh untuk bekerja keras tetapi tidak pernah mengeluh dengan nasib saya ketika itu.

“Akhirnya semua ‘effort’ saya membuahkan hasil musim ini. Perasaan itu tidak terkata. Alhamdulilah. Terima kasih kepada Yang Maha Berkuasa, keluarga yang sentiasa berada di sisi dan paling utamanya, pasukan saya. Walaupun yang menaiki podium itu adalah saya, tetapi kejayaan adalah milik mereka. Tanpa mereka tiada saya pegang trofi dengan gelaran ‘overall championchip’.

“Mereka telah bertungkus lumus memastikan jentera saya berada pada tahap terbaik untuk saya mengharungi setiap pusingan. Bukan itu sahaja, mereka juga sentiasa beri sokongan moral dan pastikan kami pelumba selesa, tenang menghadapi setiap saingan. Saya amat bersyukur kepada CKJ Racing Team untuk menjadikan Impian saya satu kenyataan.”

Walaupun permulaan bagi pelumba kelahiran ibu kota itu di Kejuaraan PETRONAS Malaysia Cub Prix musim 2023, tidak begitu memberangsangkan apabila membuka tirai saingan tanpa mengutip sebarang mata namun Akid menukar skrip tersebut pada setiap pusingan yang seterusnya.

Setakat pusingan sembilan, Akid hanya terlepas satu pusingan awal itu tanpa podium malah pada pusingan-pusingan seterusnya beliau tidak pulang ke rumah dengan tangan kosong. Kegagalan pada pusingan pertama itu menjadi suntikan semangat untuk menebus kekecewaan itu.

“Memang tipu lah kan kalau kata tak kecewa.. kecewa itu memang ya tetapi saya tidak putus asa. Saya rasa ketika itu ada sebab yang munasabah untuk saya menjadikan kekalahan itu sebagai batu api untuk saya beraksi lebih baik di pusingan-pusingan yang lain. Dari awal, saya konfiden ini adalah tahun untuk saya ‘to go all out’ dan kini keputusannya telah mengubati segala penat lelah yang saya lalui.

“Untuk pusingan Seterus saya akan beraksi tanpa sebarang tekanan dan saya mahu ‘enjoy the race to the max’, Ha ha ha.. Saya tetap akan beri yang terbaik tidak akan leka. Tapi saya mahu menikmati setiap saat perlumbaan itu dengan tenang dan ‘happy’. Saya mahu bukan saya sahaja tetapi setiap pelumba untuk berikan yang terbaik dan menamatkan saingan dengan selamat.

“MCP ini satu platform yang membangunkan bakat tempatan dan satu-satunya medan untuk anak muda luar sana bagi menrealisasikan Impian mereka. Mereka yang berminat janganlah fikir dua kali untuk menguji kemampuan, mungkin mereka boleh jadi juara dunia di masa hadapan. Kalau kita lihat negara-negara Asia yang lain bukan semua memiliki fasiliti dan kemudahan seperti apa yang kita ada.

“Jadi, saya harap MCP akan terus berkembang di tanah air dan melahirkan lebih ramai bakat muda.”

Dengan penuh kegembiraan, Akid buat masa ini focus terhadap saingan Kejuaraan Asia Road Racing yang akan berlangsung pada masa terdekat.

“Buat masaini tiada perkembangan baru lagi untuk musim hadapan. Saya tidak mahu berfikir banyak malah saya habiskan dulu baki saingan untuk musim ini.”

Selamat Maju Jaya Anak Muda!

Dapatkan info terkini di www.malaysiancubprix.com

Ikuti kami di Facebook