fbpx

PKPB DILANJUTKAN, PUSINGAN 6 CUB PRIX DITUNDA DENGAN KALENDAR BARU BAKAL DIUMUMKAN

Berikutan pengumuman terkini Majlis Keselamatan Negara bahawa PKPB kini telah dilanjutkan sehingga 9hb November, dukacita dimaklumkan bahawa Pusingan 6 Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS juga terpaksa ditundakan.

 

Asalnya, Pusingan 6 dijadualkan berlangsung di Litar Sepang minggu ini (31hb Oktober dan 1hb November 2020). Namun, memandangkan PKPB kini terpaksa dilanjutkan, pusingan tersebut tidak dapat diteruskan pada tarikh yang ditetapkan.

 

Oleh itu, kalendar baru untuk musim 2020 akan diumumkan sebaik keadaan kembali stabil. Objektif utama adalah untuk menghabiskan musim 2020 selewat-lewatnya dalam bulan Disember tahun ini atau Januari 2021.

 

Sekali lagi, Safe Aim Mutual Sdn Bhd meminta maaf kepada semua warga Cub Prix di atas kesulitan yang mungkin dialami. Pada masa yang sama, kami turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua rakan kongsi serta penaja kejuaraan di atas kerjasama dan pemahaman mereka.

 

Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS turut meminta orang ramai agar senantiasa mengikuti panduan SOP keselamatan untuk sama-sama membanteras wabak Covid-19.


Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *