PERMULAAN BAIK BUAT AFIF

Pembuka musim Kejuaraan PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix 2025 yang berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (Utara) hari ini menyaksikan Ahmad Afif Amran dari PETRONAS SPRINTA YAMAHA – CKJ RACING mencatatkan masa terpantas di sesi kelayakan kategori CP150.

Pada sesi kelayakan 1, Ahmad Afif Amran dari PETRONAS SPRINTA YAMAHA – CKJ RACING mengetuai dengan catatan masa terpantas 1’18:119s. Kasma Daniel Kasmayudin dari PETRONAS SPRINTA YAMAHA MAJU MOTOR menduduki tempat kedua dengan catatan masa 1’18:205s, Md Helmi Azman dari MAEZTRO SCK HONDA RACING TEAM di tempat ketiga dengan catatan masa terpantas 1’18:544s.

Kemudian pada sesi kelayakan 2, hujan mulai turun menyaksikan kelajuan pelumba terhad. Md Idil Fitri Mahadi dari JETRON YAMAHA YYPANG RACING TEAM menduduki tempat pertama dengan catatan masa terpantas 1’22:058s. Rakan sepasukannya, Md Fareez Afeez Abd Rahman di tempat kedua dengan 1’22:289s diikuti Md Sharul Ezwan Md Sharil dari TKKR RACING TEAM pada 1’22:410s.

Secara keseluruhannya, Afif muncul sebagai pelumba terpantas, manakala Kasma dan Helmi mengikuti di tempat kedua dan ketiga masing-masing.

Afif berkata, “Hari ini merupakan permulaan yang baik untuk musim ini. Dari sesi latihan 1 hingga ke sesi kelayakan, saya masih berada dalam kedudukan 3 teratas. Untuk sesi kelayakan 2 tadi, kami cuba mengubah setup suspensi dan pengendalian motor untuk menjadikannya lebih stabil, namun tidak sempat menguji sepenuhnya kerana trek dalam keadaan basah, jadi tidak dapat mencapai setup yang optimal. Untuk perlumbaan esok, saya harap agar cuaca tidak hujan.”


Comments

12 responses to “PERMULAAN BAIK BUAT AFIF”

  1. Your article helped me a lot, is there any more related content? Thanks!

  2. Your point of view caught my eye and was very interesting. Thanks. I have a question for you. https://www.binance.com/register?ref=IXBIAFVY

  3. Can you be more specific about the content of your article? After reading it, I still have some doubts. Hope you can help me. https://www.binance.info/zh-CN/register?ref=WFZUU6SI

  4. Your point of view caught my eye and was very interesting. Thanks. I have a question for you.

  5. Thank you for your sharing. I am worried that I lack creative ideas. It is your article that makes me full of hope. Thank you. But, I have a question, can you help me?

  6. Your article helped me a lot, is there any more related content? Thanks! https://www.binance.com/register?ref=JW3W4Y3A

  7. Artikel ini sangat menarik kerana memberikan liputan lengkap mengenai sesi kelayakan Kejuaraan PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix 2025, khususnya prestasi cemerlang Ahmad Afif Amran yang konsisten, serta analisis cuaca dan perubahan trek yang membantu pembaca memahami keadaan perlumbaan dengan jelas dan terperinci serta sangat informatif untuk semua pembaca setia

  8. Racing season started strongly for Ahmad Afif Amran, who set the fastest qualifying time in the CP150 category at the PETRONAS Malaysian Cub Prix. He stayed consistently in the top group across both sessions, adapting to changing track conditions including rain. Afif expressed confidence for the race but hoped for dry weather to secure a better setup and performance.

  9. Thanks for sharing. I read many of your blog posts, cool, your blog is very good. https://accounts.binance.bh/register/person?ref=JW3W4Y3A

  10. Masa 1’18:119s di kelayakan pertama menunjukkan Afif benar-benar bersedia untuk musim 2025 konsisten dalam tiga teratas sepanjang sesi latihan hingga kelayakan membuktikan kematangan pembalap yang tidak mudah terjejas tekanan. Semoga cuaca berpihak esok untuk perlumbaan penuh.

  11. Permulaan yang membanggakan buat Afif di Sepang! Mengekalkan kedudukan tiga teratas sepanjang sesi latihan hingga kelayakan menunjukkan konsistensi tinggi. Cabaran hujan pada kelayakan 2 memang menguji setup pasukan, namun momentum positif ini memberikan keyakinan kukuh menjelang perlumbaan esok.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *