Dalam kategori CP125 pula, Mohd Fareez Afeez Abd Rahman bijak mengawal motosikal di atas litar yang teramat licin sehingga berjaya mencapai kemenangan pertamanya musim ini dengan catatan masa 12’43.707s.
“Perlumbaan ini seumpama mimpi. Saya hampir tidak percaya bahawa saya keseorangan di depan perlumbaan,” kata Fareez yang melintasi garisan penamat 7.311 saat di hadapan pelumba-pelumba lain.
“Permukaan litar Sepang amat licin selepas hujan lebat. Dalam situasi ini, pelumba harus bijak mengawal strategi supaya tidak begitu agresif,” jelas Fareez lagi.
Tempat kedua dimenangi Mohd Aliff Danial Mohd Asri dengan catatan masa 12’51.018s. Mohd Hafiza Rofa merakamkan podium ketiga musim ini di tempat ketiga dengan 12’52.183s.
Berbekalkan kemenangan ini, Fareez Afeez mengambil alih kedudukan pendahulu kejuaraan dengan 74 mata. Mohd Adib Rosley yang menghadapi pelbagai masalah pada sesi latihan bebas dan kelayakan, masih mampu menamatkan perlumbaan di tempat ke-6. Adib jatuh ke tangga kedua keseluruhan dengan 64 mata.
Mohd Hafiza Rofa menduduki tangga ketiga dengan 61 mata setelah tiga kali menamatkan perlumbaan di kedudukan podium.
Dapatkan info terkini di www.malaysiancubprix.com
Ikuti kami di Facebook