fbpx

PENAMPILAN SULUNG BUKAN HANYA SEKADAR MENIMBA PENGALAMAN – RAIYAN KHARDANE


Setiap kali seorang atlet tanpa mengira sukan mana, penampilan sulungnya selalu disifatkan sebagai medan menimba ilmu kerana dirinya akan diklasifikasikan sebagai ‘underdog’. Namun, skrip yang agak berbeza bagi pelumba PETRONAS Sprinta Yamaha – 31 Racing, Raiyan Khardanee Sanusi yang tidak mahu mengakhiri ‘debut’ pada Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix, hanya sekadar menimba pengalaman.

Katanya, mahu mencapai sesuatu sambil menerokai selok-belok perlumbaan profesional!

“Saya mula berkecimpung dalam dunia sukan permotoran sejak umur 9 tahun. Semuanya bermula dengan dengan pocketbike. Katika saya berumur 8 tahun kalau tak silap kami sekeluarga telah menyaksikan perlawanan pocketbike di Maeps, Serdang. Di situ, mulanya minat untuk merasa sendiri pengalaman menunggang jentera dua road.

“Keluarga saya pun sangat supportive dan mendorong saya untuk menceburi sukan ini.Tahun seterusnya saya menyertai perlumbaan pertama saya di dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada tahun 2016. Sejak itu saya berimpian untuk pergi ke lebih jauh dalam suka permotoran. Saya mula mengenali jentera dan spek-spek dengan bantuan ayah saya.

“Tahun ini pula, saya dapat peluang untuk beraksi di kategori WIRA KBS. Nak kata, tak jangka memang tidak tetapi saya mengharapkan sangat peluang ini sebab saya sedar akan ruang yang platform ini membuka kepada pelumba muda seperti untuk ke lebih jauh.

“Jadi, saya tidak mahu mensia-siakan peluang ini. Itu yang saya maksudkan apabila saya kata saya bukan hanya mahu menimba pengalaman tetapi saya mahu membuktikan sesuatu. Pda masa yang sama, saya juga dapat tahu kemampuan sebenar saya. Sebab di kategori semuanya bukan kaleng-kaleng.. ha ha ha.. semua yang hebat-hebat dan ramai yang berpengalaman.

“Satu perkara baik di sini saya dapat belajar banyak tips dan tricks daripada mereka.”

Raiyan yang baru sahaja menjejaki dunia perlumbaan secara profesional, sedar akan kepentingan untuk bekerja secara pasukan dan juga kepentingan berkomunikasi.

“Pengendali pasukan kami, En Siva, bukan sahaja mnegajar selok belok perlumbaan tetapi beliau juga sentiasa mengingatkan kami kepentingan bergerak secara berpasukan. Dari sini saya bukan sahaja dapat membentukkan diri saya lebih baik di aats trek tetapi juga di luar trek. Walaupun kami bermusuh ketika di atas litar, off-track pelumba-pelumba senior tidak pernah kedekut dengan ilmu.

“Pada masa yang sama, dalam pasukan kami mempunyai ‘healthy competitveness’ antara kami. Contohnya, Amirun. Dia seorang berpengalaman dan juga pencabar bagi saya memandangkan dia mendominasi kategori WIRA buat masa ini.” jelas Raiyan.

Seperti setiap pelumba di pelosok dunia, anak muda ini juga mempunyai Impian untuk membawa negara ke persada dunia. Dengan mengidolakan ‘Rossi’, Raiyan harap suatu hari nanti akan tiba masanya untuk muncul pelumba yang disegani ramai.

“Saya ini ibarat setitik nila dalam dunia yang begitu besar tetapi saya yakin, saya akan buat yang terbaik, belajar sebanyak mungkin dan mengguna baik segala peluang yang diberi kepada saya untuk mencapai azam saya. Perjalanan saya masih panjang tetapi ia tidak mustahil untuk berada di tempat yang saya ingini. “Saya bersyukur MCP memberi peluang untuk mengasahkan bakat saya. Berbaki lagi lima pusingan saya tekad untuk mengutip mata sebanyak mungkin dan kalau boleh saya mahu menaiki podium di setiap race.

Dapatkan info terkini di www.malaysiancubprix.com

Ikuti kami di Facebook