MENGENDALI JENTERA BERBEZA, SAYA MEMILIKI KEISTIMEWAAN CEPAT ‘ADAPT’ – SHAFIQ EZZARIQ

“Mengendali jentera yang mempunyai spek yang berbeza bukan mudah dan dalam tempoh yang singkat, dengan perubahan dari segala aspek, rasanya, saya lebih matang mengendali jentera berbeza di atas litar.” itu ungkapan Shafiq Ezzariq yang kini mengorak langkah di Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix dan Malaysian Superbika Championship yang kini menghangatkan arena sukan permotoran negara.

Pelumba berusia 23 tahun itu berkecimpung dalam sukan permotoran lebih satu dekad. Bermula dengan mini pocketbike pada usia 9 tahun sehingga mencuba pelbagai kategori dalam saingan berprestij negara, Malaysian Cub Prix Malaysia. Misinya, hanya satu melebarkan sayap lebih jauh. Kalau tidak ke Kejuaaran Asia Road Racing Championship dan Kejuaraan Motosikal Dunia, ke mana lagi kan?

Pelbagai rintangan dan cabaran ditempuh anak kelahiran Selangor itu tetapi tidak pernah toleh ke belankang selepas menjejak dunia yang penuh dengan ramuan istimewa ini.

“Semuanya bermula dengan mini pocketbike. Saya berumur 7 atau 8 tahun ketika pertama kali ada rasa minat dengan jentera dua roda ini. Ayah saya mendedahkan saya kepada basikal mini dan perlumbaan. Saya masih muda dan sangat teruja. Kelajuan, bunyi, dan orang ramai semasa perlumbaan. Semua ini memukau saya! Saya berumur 13 tahun ketika saya datang ke MCP, dan ‘THE REST IS HISTORY’!

“Back-to-back race dan dua jentera berbeza, dari segi kelajuan, spek dan sebagainya. Kalau lihat secara umum memang ia mempunyai cabaran tersendri tetapi bagi saya, rasanya saya dah biasa dengan ini. Sejak kecil lagi apa sahaja jentara diberi, saya akan cepat ‘adapt’. Ia mengikut individu juga, ada pelumba mungkin melihat ia sebagai satu cabaran tetapi bagi saya ‘IM FINE! BRING IT ON,”

“Begitu juga dengan pelumbaan back-to back. Saya lebih suka macam ini sebab ia dapat membantu untuk mengekalkan momentum saya. Dari segi kecergasaan dan ketersediaan badan akan kekal di sana jika kita tidak mengambil tempoh yang lama untuk rehat. Jadi, bagi saya ia adalah option terbaik.” jelas Shafiq

Membuka tirai kempen kejuaraan musim ini dengan hanya satu misi untuk merangkul gelaran kategori CP125, Shafiq kini berada 15 mata di belakang rakan sepasukan melihat cabaran kali ini agak berbeza.

“Misi utama saya sudah pastinya untuk dapatkan championship point. Tapi apa yang menarik di sini, yang mendahului carta sekarang adalah teammate saya sendiri. Fight memang saya akan tetap fight, tetapi saya tidak mahu lebih agresif yang mungkin boleh mengganggu teammate saya sendiri. Contohnya, ketika kami bersaing, Khairi jatuh kea pa atau saya sendiri jatuh, ia akan sedikit sebanyak memberi kepada pasukan kami.

“Jadi, saya akan fight tetapi dengan cara yang lebih ‘safe’ agar kami satu pasukan dapat mengakhiri saingan tanpa apa-apa isu. Kalau boleh, sasaran saya kami YYPang mahu sapu bersih kedudukan satu hingga tiga. Kami nak naikkan balik nama pasukan pada masa yang sama ia akan kembalikan semangat kami. Edisi lalu sesuatu yang tidak boleh dilupakan. Jadi, edisi kali ini, dengan kehadiran penaja yang bukan hanya berfungsi sebagai penaja tetapi juga memberi sokongan yang padu kepada kami pada setiap race. Demi semua ini, demi pasukan, demi ‘SIFU’ kami mahu buat yang terbaik.

“Pada masa yang sama, saya juga tidak boleh Syafiq Rosli. Dia pun salah pencabar bagi saya sebab dia kini berada di kedudukan ke-tiga dan jurang mat aitu tidaklah banyak. Saya perlu elak melakukan kesilapan untuk memastikan kami berada di hadapan.”

Perjuangan antara dua Shafiq yang hanya membezakan H danY di nama mereka kini menghuni tangga kedua dan ketiga masing-masing dengan perbezaan hanya 12 mata. Kekecewaan pada saingan pembuka kejuaraan di mana Shafiq tidak dapat menamatkan membuat pelumba itu kehilangan mata yang boleh membuatnya selesa di hadapan.

Sepanjang lima pusingan lepas Shafiq berjaya menjejaki podium dalam tiga perlumbaan.

“Trek Teluk Intan adalah salah satu trek favourite saya. Saya harap dapat buat yang terbaik dan mengutip mata sebanyak mungkin untuk pasukan saya dan juga diri saya.”

Dapatkan info terkini di www.malaysiancubprix.com

Ikuti kami di Facebook