fbpx

PELUMBA MALAYSIA KUASAI SUPERPOLE UB150


Barisan pelumba Malaysia bakal menguasai perlumbaan kelas Underbone 150 apabila 10 pelumba mengisi slot untuk saingan Superpole pada Pusingan 3 Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) FIM 2019 di Litar Antarabangsa Chang, esok.

Pada sesi kelayakan hari ini pelumba pasukan UMA Racing Yamaha Maju Motor Asia team, Md Akid Aziz melakar nama sebagai pelumba terpantas dengan catatan masa 1:59.94s, sekali gus layak ke pusingan Superpole.

Walaupun Akid tidak mempamerkan rentak cemerlang pada dua sesi latihan bebas pada sebelah pagi, namun dia tampil gagah untuk memperlihatkan kemampuannya pada sesi ketiga iaitu sesi kelayakan ke Superpole dengan catatan masa yang sangat memberangsangkan.

Pada sesi latihan pertama dia sekadar mencatat masa kelapan terpantas, namun telah membuktikan peningkatan pada sesi kedua apabila melakukaan catatan masa kelima terpantas iaitu 2:01.113s.

Bagi Akid, bukan catatan masa yang dikejarnya pada dua sesi latihan awal itu, sebaliknya ia dipergunakan untuk menguji kemampuan jentera.

Menurutnya, mereka telah mencuba beberapa bentuk pelarasan dan ternyata segala input yang disalurkannya kepada krew pasukan telah membawa perubahan yang baik.

“Walaupun setting tidak mencapai tahap seratus peratus tetapi perubahan pada jentera agak ketara dan saya telah mencuba sebaik mungkin pada sesi kelayakan tadi.

“Saya berharap keadaan jentera terus berada pada tahap terbaik pada sesi Superpole esok dalam misi untuk merealisasikan impian menjejak podium kemenangan,” jelas Akid.

Akid ketika ini berada di kedudukan kelapan dalam carta keseluruhan pemandu dengan mengumpul 18 mata dan aksi di Buriram ini dilihat sebagai medan terbaik buatnya untuk mengubah kedudukan tersebut.

Begitupun, dia tetap yakin bahawa apa juga kemungkinan boleh berlaku pada saiangan sebenar nanti.

Selain Akid, pelumba Yuzy Honda Racing, Md Amirul Ariff Musa turut menempatkan diri dalam Superpole apabila mencatat masa kedua terpantas pada sesi kelayakan hari ini.

Pelumba Malaysia lain yang turut menempah slot adalah  Md Affendi Rosli, Md Izzat Zaidi, Md Hafiza Rofa, Md Faiz Zekri Sabri, Ahmad Fazli Sham, Rozaiman Md SaidMd Fitri Ashraff Razali dan Md Haziq Md Firues.

Pencabar dan pendahulu keseluruhan kelas Underbone 150, McKinley Kyle Paz dari Filipina sekadar menduduki tempat ke-13 pada sesi kelayakan hari ini dengan catatan masa 2:02.089s.

 

KEPUTUSAN

Underbone 150 (Sesi pertama – 5 terpantas)

Md Izzat Zaidi (MAS) RCB Accentwire YYPang Racin team – 2:01.897s

Md Affendi Rosli (MAS) Team One For All – 2:02.021s

Wahyu Aji Trilaksanan (INA) ONEXOX TKKR SAG Racing Team – 2:02.202s

Wahyu Nugroho (INA) Yamaha Racing Indonesia – 2:02.254s

McKinley Kyle Paz (PHI) UMA Racing Yamaha Philippine Team – 2:02.354s

 

Sesi kedua

Md Hafiza Rofa (MAS) ONEXOX TKKR SAG Racing Team – 2:00.127s

Richard Richie Taroreh (INA) Pro-Liner 549 KABOCI Racing Team – 2:00.581s

Md Affendi Rosli (MAS) Team One For All – 2:00.597s

Md Adib Rosli (MAS) RCB Accentwire Yamaha YYPang Racing Team – 2:00.909s

Md Akid Aziz (MAS) UMA Racing Yamaha Maju Motor Asia Team – 2:01.113s

 

Sesi ketiga (kelayakan ke Superpole – 15 terpantas)

Md Akid Aziz (MAS) UMA Racing Yamaha Maju Motor Asia Team – 1:59.974s

Md Amirul Ariff Musa (MAS) Yuzy Honda Racing – 2:00.730s

Richard Richie Taroreh (INA) Pro-Liner 549 KABOCI Racing Team – 2:00.732s

Peerapong Luiboonpeng (THA) Team One for All – 2:01.036s

Md Affendi Rosli (MAS) Team One For All – 2:01.160s

Md Izzat Zaidi (MAS) RCB Accentwire Yamaha YYPang Racing Team – 2:01.183s

Md Hafiza Rofa (MAS) ONEXOX TKKR SAG Racing Team – 2:01.467s

Gupita Kresna (INA) SND Factory Racing Rapido – 2:01.472s

Md Faiz Zekri Sabri (MAS) ONEXOX TKKR SAG Racing Team – 2:01.486s

Ahmad Fazli Sham (MAS) ONEXOX TKKR SAG Racing Team – 2:01.538s

Rozaiman Md Said (MAS) Cardinals Racing Team – 2:01.728s

Syahrul Amin (INA) SND Factory Racing Rapido- 2:01.981s

McKinley Kyle Paz (PHI) UMA Racing Yamaha Philippine Team – 2:02.089s

Md Fitri Ashraff Razali (MAS) Cardinals Racing Team- 2:02.370s

Md Haziq Md Fairues(MAS) UMA Racing Yamaha Maju Motor Asia Team – 2:02.416s