Md Khairi Asyraf Mahmood dari pasukan Jetron Yamaha YYPang Racing Team menguasai Dataran Seri jempol dengan kemenangannya pertamanya untuk musim 2023 bagi kategori CP125 di pusingan kedua, Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix.
Di sesi “Shoot Out” yang berlangsung pada sebelah pagi tadi, Md Aiman Tahiruddin dari PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing mencatatkan masa terpantas, 46’430s diikuti oleh Md Khairi Ashraf Mahmood dari pasukan Jetron Yamaha YYPang Racing Team pada 46’435s dan Md Irfan Haykal Amidi dari pasukan Bad Lad Honda KC Racing pada 46’539s.
Sejurus selepas bermulanya perlumbaan, Aiman memecut ke hadapan dan menutup ruang untuk persaingan di selekoh pertama. Namun begitu, persaingan di antara pelumba-pelumba bertambah sengit seperti biasa dan telah menyaksikan perubahan kedudukan di antara mereka tetapi yang paling ketara adalah di antara Aiman dan Firdaus. Pada ketika itu, Irfan Haykal berada di P3.
Dua lap lagi untuk menamatkan perlumbaan, suatu kejadian yang tidak disangka berlaku dan ketiga-tiga pelumba di hadapan jatuh lalu memberikan ruang kepada Khairi Ashraf untuk meluncur ke hadapan diikuti oleh Adie Putra di belakangnya. Di lap terakhir, Khairi memecut ke garisan penamat dengan catatan masa 11’51:548s. Di saat akhir, Adie dipintas oleh Shafiq Ezzariq yang menamatkan perlumbaan di tempat kedua.
Menurut Khairi, “Saya berterima kasih kepada pasukan saya untuk setup jentera yang baik. Pada mulanya, memang sukar kerana pelumba-pelumba memberikan saingan yang hebat. Namun begitu, kesilapan yang dilakukan oleh kelompok di hadapan telah memberikan saya kelebihan dan akhirnya saya dapat menamatkan perlumbaan di tempat pertama.”
Tempat kedua di ambil oleh rakan sepasukannya, Md Syafiq Ezzariq Saiful Nizam dengan catatan masa 11’53:687s.
Md Adie Putra Sukarno dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor mengambil tempat ketiga dengan catatan masa 11’54:139s.
Dapatkan info terkini di www.malaysiancubprix.com
Ikuti kami di Facebook