fbpx
Shahzul Naim Razali dilihat mempunyai peluang cerah untuk menggodol gelaran Juara Keseluruhan PETRONAS Sprinta Pro-Am Cup musim 2021

PELUANG CERAH BUAT SHAHZUL NAIM

Shahzul Naim Razali dilihat mempunyai peluang cerah untuk menggodol gelaran Juara Keseluruhan PETRONAS Sprinta Pro-Am Cup musim 2021 walaupun secara teorinya saingan masih terbuka buat tiga lagi pencabar dengan perlumbaan masih berbaki dua pusingan. 

Shahzul berjaya merampas takhta pendahulu daripada Amirul Affiq setelah mengungguli perlumbaan Pusingan 7 dan terus melebarkan jarak apabila melakar kemenangan kelima berturut-turut pada pelumbaan Pusingan 8. Beliau kini hanya memerlukan 20 mata untuk memastikan gelaran tersebut dalam dakapan beliau. Pelumba kelahiran Selangor itu kini selesa mendahului dengan 31 mata mendahului pencabar terdekat, Subhan Humam.

 

Subhan melakar kemenangan pada Pusingan 3

Subhan merupakan pesaing terdekat Shahzul untuk mencabar kejuaraan pastinya mengharapkan keajaiban dan tuah pada dua pusingan terakhir nanti untuk mencipta kejutan. Beliau yang mencatat 4 podium musim ini, menggunakan pengalamannya dalam kategori persendirian ini pernah membuat kejutan ketika memenangi perlumbaan Pusingan 3 dan beliau pastinya akan cuba mengulangi nanti.

 

Amirul Affiq mendominasi kejuaraan pada awal musim dengan 4 podium berturut-turut

Amirul Affiq A Solikhin yang mendominasi kejuaraan pada awal musim pula terpaksa melepaskan kedudukan teratas setelah terlepas dua pusingan terakhir di Litar Lumba Tangkak yang lalu. Amirul yang memulakan musim dengan 4 podium berturut-turut kini ketinggalan 35 mata perlu mengharapkan magis untuk mengulangi kejayaan yang pernah dilakar beliau dua musim lalu.

 

Adib Kharith masih boleh mengintai peluang jika berlaku sesuatu kepada pendahulu kejuaraan

Adib Kharith Abu Bakar yang kini mengumpul 107 mata melalui 4 podium musim ini juga masih boleh mengintai peluang untuk mengejutkan pelumba-pelumba lain yang jauh lebih berpengalaman. Walaupun peluang beliau hanya tipis namun dalam perlumbaan apa-apa sahaja boleh berlaku.

Litar Sepang Selatan akan menjadi saksi siapakah antara mereka yang akan dinobat menjadi Juara PETRONAS Sprinta Pro-Am Cup pada saingan penutup Kejuaraan PETRONAS Cub Prix Malaysia pada 17-19 Disember nanti. 

 

Dapatkan info terkini di www.malaysiancubprix.com

Ikuti kami di Facebook


Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *