One Make Race atau dikenali Perlumbaan Satu Pengeluar telah terbukti sebagai platform ideal bagi pelumba muda Malaysia yang berbakat untuk memulakan langkah pertama mereka menjejaki dunia sukan permotoran dan memberi bimbingan serta sokongan sewajar demi melahirkan juara dunia.
Sama seperti musim-musim lepas, perlumbaan yang dianjurkan bersama-sama pengeluar, Boon Siew Honda Sdn Bhd dan Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd ini terus memainkan peranan penting dalam melahirkan pelumba-pelumba tempatan berbakat di peringkat pembangunan dan setiap tahun perlumbaan di kategori ini akan menyasikan barisan pelumba berwajah baru yang menjadi pelapis kepada generasi pelumba hari ini.
Dikenali sebagai ‘ Honda Wave Alpha Challenge’ yang menampilkan model Honda Wave Alpha, namanya diubahsuai pada tahun 2018 sebagai ‘Honda Dash 125 Challenge’ selari dengan penukaran model Honda Dash 125 dan namanya kekal sehingga edisi ke-30 yang bakal membuka tirai minggu ini.
Kalau tak tukar model baru, kekal lah nama! Nanti admin tanyakan Boon Siew Honda bila akan ada model baru, okay!
Musim lalu, saingan Honda Dash 125 Challenge juga berjaya menampilkan beberapa bakat baru dan dengan prestasi yang cukup cemerlang, juara keseluruhan kategori tersebut, Danish Abdul Rahman berjaya diserap ke kelas WIRA KBS selepas mengungguli saingannya dengan 169 mata dan enam podium. Danish akan membuka lembaran baru ini bersama pasukan Estremo 27 Racing yang bakal melakukan debut di kategori tersebut.
“Cabaran yang agak besar bagi saya namun semangat saya tetap sama. Saya adalah seorang yang ber-attitude, Give it all! Saya akan cuba sebaik mungkin untuk menimba ilmu di kategori baru ii. Saya harus berterima kasih kepada pasukan Estremo sebab beri kepercayaan ke atas saya. Mereka sedang berusaha untuk menyediakan ‘set-up’ enjin terbaik untuk minggu ini.
“Saya harap ini adalah permulaan yang baik untuk pergi lebih jauh. Impian untuk beraksi di mata dunia memang ada. Saya tidak mahu impian saya berakhir sekadar satu impian tetapi saya mahu merealisasikan dengan usaha berterusan” kata Danish.
Sementara bagi saingan Yamaha Super Series pula, seorang lagi pelumba berjaya menempah slot di kategori CP125, selepas menyambar tempat pertama lapan kali berturut-turut. Nama diberi Md Adie Putra Sukarno, dan beliau akan ke kategori CP125 bersama pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor.
Selepa mengalami kecederaan pada pusingan terakhir pada musim lalu, kini Adie kembali ke arena Kejuaraan Malaysian Cub Prix dengan semangat baru.
“Saya memang teruja apabila terima tawaran terus ke kategori CP125 dengan skip kelas WIRA KBS. Tetapi saya tidak mahu ‘carried away’ dengan pencapaian sebelum ini kerana saya bakal menyertai sesuatu asing kepada saya. Tiada pengalaman dan bersaing dengan abang-abang senior bukan perkara yang mudah.
“Walaubagaimanapun saya tetap akan cuba yang terbaik pada setiap pusingan musim ini untuk megutip mata sebanyak mungkin dan paling penting menamatkan perlumbaan di garis penamat, bukan awal dari itu..hahaha,”kata pelumba asal Melaka itu.
Terang lagi bersuluh, kebanyakan pelumba yang kini beraksi cemerlang di peringkat kebangsaan, Asia mahupun anatarabangsa, perjalanan mereka mula di peringkat One Make Race. Perlumbaan satu pengeluar ini mempunyai sejarah melahirkan dan mengembangkan bakat ramai pelumba-pelumba terbaik negara sehingga hari ini dengan memberi pendedahan yang secukupnya Antara bakat-bakat yang lahir dari program ini termasuklah Hafizh Syahrin Abdullah, Mohd Ramdan Rosli,Adam Norrodin, Kasma Daniel Kasmayuddin yang memulakan karier dalam siri perlumbaan Yamaha, Khairul Idham Pawi bersama Honda manakala Mohd Zulfahmi Khairuddin memulakan karier di dalam siri perlumbaan Junior GP pada tahun 2007 dan ramai lagi.