fbpx

MERENUNG KEMBALI MCP MUSIM 2022


Selepas dua musim tanpa perlumbaan sempurna pada tahun 2020 dan 2021 susulan pandemik Covid-19, Kejuaraan PETRONAS Malaysian kembali meriah pada edisi ke-29 iaitu musim lalu. Perlumbaan yang membuka tirainya pada 12 dan 13 Mac di Litar Antarabangsa Sepang dan kemasukan orang awam ke grandstand diberi secara percuma dengan mengikut prosedur operasi standard yang mempunyai sedikit kelonggaran.

Segala drama, momen sukan dan duka serta pelbagai emosi kembali mengeruni setiap litar tradisi Kejuaraan MCP!

Sudah pastinya semua mata tertumpu pada kelas terunggul, CP150, dengan bekas juara Khairul Idham Pawi kembali ke akar umbinya dalam perlumbaan cub prix selepas bersaing dengan Petronas Sprinta Racing. Khairul, lebih dikenali sebagai SuperKIP, mengumumkan persaraannya daripada perlumbaan semasa musim Moto3 2020 dan siapa sangka akan kembali beraksi di MCP bersama SCK Honda Racing.

Sementara itu, juara Cub Prix CP150 musim 2021 Azroy Hakeem Anuar dari Honda Yuzy Idemitsu Team yang turun beraksi mempertahankan kejuaraannya dengan jentera baru dilancar ketika itu, Honda RS-X 150. Namun apa yang berlakunya, juara musim 2019, Afif Amran berjaya merampas semula takhtanya sekaligus mencatat kemenangan hatrik kategori tersebut.

“Mara ke musim baharu dengan gelaran juara bertahan bukan sahaja memberi semangat untuk memulakan saingan dengan langkah kanan malah tekanan untuk mempertahankan kemenangan pasukan dan diri sendiri turut mengiringi bersama.

“Memandangkan akan ada pelumba-pelumba muda dan sudah pastinya Azroy juga mahu merampas semula gelaran saya menjangkakan saingan yang sengit bagi musim ini. Apa-apa pun saya optimis Tahun ini adalah Tahun saya!” kata Afif.

Musim ini bakal menyaksikan beberapa pasukan baru di kategori CP150 namun mereka bukan asing di arena sukan jentera dua roda ini. Antaranya, pasukan Idemitsu Honda Yam Racing Team yang akan menampilkan pelumba berpengalaman, Mohd Adib Rosley dan pasukan diterajui seorang wanita, Tobaki Cilik Pink Racing Team yang akan menampilkan Harith Farhan Bahrin.

Dalam kelas CP125, juara bertahan Mohd Adib Rosley turut menjadi tumpuan. Beliau yang menyasarkan hatrik pada musim lalu, namun gagal meletakkan diri di tangga sepuluh teratas. Lebih pahitnya, Adib juga terpaksa mengucap Selamat Tinggal kepada pasukan yang setia bersama selama 15 tahun, YY Pang Racing Team.

Bagaimanapun lembaran baharu menanti pelumba berusia 28 itu.

“Sedih tetap sedih! But life has to go on! Musim baharu, pasukan baharu, kategori baharu, wajah baharu, jentera baharu dan nombor pun baharu cuma terbalik..hahaha! Im ready” kata Adib yang akan mengendali jentera Honda #81.

Lain pula bagi seorang lagi pelumba CP125 apabila musim 2022 menjadi tahun yang cukup bermakna baginya selepas dinobat juara keseluruhan buat julung kalinya walaupun sudah berkecimpung dalam arena Kejuaraan Malaysian Cub Prix hampir 13 tahun.

Bukan siapa, ia adalah pelumba ONEXOX TKKR Racing Team, Mohd Shafiq Rasol.

“Hampir tiga belas tahun saya menceburi sukan jentera dua roda ini. musim lalu merupakan kali pertama saya merangkul Juara Keseluruhan bagi kategori CP125. Saya tidak pernah berputus asa walaupun seminit dalam kehidupan saya. Tidak pernah menyesal dan akur saya telah membuat keputusan terbaik apabila berkecimpung dalam sukan ini.

“Sudah pastinya saya mahu mempertahankan gelaran saya. Apa-apa pun setiap musim adalah satu permulaan baru bagi saya. Jadi, we open a new page for new experiences” kata Shafiq.

CP125 kali ini juga akan akan menyaksikan dua wajah baru yang dinaikkan pangkat dari kategori WIRA KBS selepas prestasi yang cukup mantap!

Mereka adalah Md Adam Haikal Jahar, juara bertahan bagi kategori Wira KBS dan rakan sepasukannya, Md Syamil Amysar Md Iffende dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha – 31 Racing. Tidak boleh dinafikan dua pelumba ini menampilkan saingan yang cukup sengit di mana hanya 19 mata memisahkan kedudukan mereka.

Si Adam 10 kali naik podium dan tak rasa penat!

“Siapa taknak naik podium kan. Saya bersyukur pasukan kami steady je menyediakan jentera mengikut keperluan pelumba dan kami pun dapat beraksi dengan baik. Beralih ke kategori lebih tinggi ini bukan sesuatu yang mudah. Sudah pastinya ia memerluka teknik dan strategi yang berbeza untuk mengendali jentera.

“Tambah lagi dengan rider-rider berpengalaman, I’m expecting a tough race!

Seperti yang kita semua sedia maklum, WIRA KBS ini adalah lubuk emas sukan jentera dua roda negara yang mencungkil bakat baru dan mengasah kemahiran mereka agar mereka dapat melebarkan sayap sehingga ke peringkat Asia dan Antarabangsa.  Ia pun sudah terbukti melalui beberapa pelumba.

Kategori ini akan menampilkan ramai muka baharu bagi saingan musim ini dan juga terdapat beberapa pelumba yang dinaikkan dari kategori Honda Dash Challenge dan Yamaha NVX Challenge.

Bagi menjadikan perlumbaan lebih menarik, penggunaan teknologi baharu antaranya suntikan bahan api bagi kelas Wira KBS juga diperkenalkan. Tak pernah takde pembaharuan setiap musim, Hebat abang Ron!! You da best!