Salah satu aspek teknikal menarik pada Honda CBR1000RR model 2017 ialah tangki bahan api titaniumnya. Julungkali digunakan pada motosikal pengeluaran, mungkin ada yang menyangka jawapan kepada persoalan di atas sudah tentu adalah untuk pengurangan berat keseluruhan. namun jawapan sebegitu tentunya akan mengundang lebih banyak persoalan.
Jika kita merujuk kepada jadual berkala atau periodik table (masih ingat subjek kimia di sekolah….?), terbukti aluminium adalah lebih ringan daripada titanium. Persoalan lain akan timbul: mengapa pula memilih logam yang lebih berat jika penjimatan berat adalah matlamat mutakhir?
Sebenarnya, walaupun aluminium memang lebih ringan daripada titanium, ia nya masih bergantung kepada ketebalan dinding dan kekuatan. Tangki bahan api aluminium tidak sekuat tangki minyak titanium jika ketebalan dinding adalah sama. Untuk mencapai kesamaan dalam kekuatan, ketebalan dinding tangki bahan api aluminium akan menjadi begitu tebal, sehinggakan ia nya menjadi lebih berat daripada tangki nahamapi titanium.
Oleh itu Honda berpendapat bahawa tangki bahan api titanium yang bukan sahaja mampu mengurangkan berat badan keseluruhankepada platform Honda CBR1000RR malah mengekalkan keselamatan yang sentiasa menjadikeutamaan.
Apa yang terletak di dalam tangki bahanapi itu di celah kelangkang anda merupakan 500 megajoules tenaga: satu fakta yangdiambil kira jurutera Honda. Dengan berat dan keselamatan sebagai keutamaan, ternyata pemilihan tangki bahanapi titanium adalah jawapan sesuai.
Leave a Reply