fbpx

MD ALIFF AIMAN TUMIRAN DINOBATKAN JUARA PETRONAS SPRINTA PRO-AM 2016


Perlumbaan sepuluh pusingan keseluruhan kategori PETRONAS Sprinta Pro-Am ini telah menyaksikan penguasaan awal sejak pusingan pertama oleh Md Aliff Aiman Tumiran. Bermula baik untuk memimpin, beliau telah menerjah ke kehadapan untuk berlumba secara bersendirian hinggalah ke garisan penamat.

Pada pusingan ketiga, pelumba No 36 Mu’izz Al-Atrash telah hilang kawalan lalu terjatuh namun dapat menyambung perlumbaan semula. Memasuki pusingan ketujuh, Aliff kini sudah begitu selesa meninggalkan kumpulan pelumba lain hampir lima saat di belakang dan persaingan kini tertumpu ke tempat kedua di antara Izrul dan Khuzaini.

Aliff menamatkan perlumbaan ini dalam masa 8:20.618saat, dengan diikuti Md Izrul Huzaimie Amran 8:23.614 manakala Khuzaini Mahmood mengekori di belakang dengan masa 8:24.095.

Pelumba wanita Nasha Edzeira menyudahkan perlumbaan di tempat kesepuluh manakala pendahulu keseluruhan satu ketika dahulu Mu’izz Al-Atrash Abd Ghani sekadar tamat ditempat ke-14, sekaligus menurunkannya ke tangga kedua dengan 93 mata, yang tidak cukup untuk terus menyalakan harapan bagi juara keseluruhannya, memandangkan Md Aliff Aiman Tumiran kini sudah dinobatkan juara Piala Pro-Am dengan mengumpul 125 mata.

, ,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *