fbpx

LITAR JEMPOL KEGEMARAN FAREEZ


Md Fareez Afeez Abd Rahman dari pasukan YYPang Yamaha Racing tampak hebat di litar teknikal Terengganu apabila beliau berjaya di tangga teratas bagi kategori CP125 di Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix.

Kejayaannya di pusingan keempat baru-baru ini telah mengukuhkan kedudukannya secara keseluruhan di tempat ketiga. Pada musim lepas, Fareez mendapat tempat keempat secara keseluruhan.

Persembahan beliau tidak begitu menyerlah pada perlumbaan pembuka tirai apabila beliau hanya mendapat tempat ketujuh. Pada pusingan kedua pula, beliau mendapat tempat keenam dan pada pusingan ketiga, beliau tidak menghabiskan perlumbaannya.

Walaupun Fareez kelihatan menghadapi cabaran yang tidak diduga pada pusingan-pusingan yang lepas, beliau telah memperbaiki strateginya untuk pusingan keempat dan telah memaparkan pengendalian jentera yang hebat apabila beliau menyambar kedudukan pertama di podium.

Menurut Fareez, “Bagi saya, saya agak yakin dengan kemampuan jentera saya ketika berlumba di litar Terengganu. Walaupun saya tidak biasa berlumba dalam keadaan hujan dan merupakan sesuatu yang sukar untuk dikuasai, keyakinan saya terhadap tayar dan jentera saya telah membuahkan hasil bagi saya. Dengan pengalaman hari itu, saya kini telah mempelajari cara mengambil selekoh ketika hujan.”

“Jempol adalah salah satu litar kegemaran saya. Saya telah membuat persediaan sebanyak yang mungkin untuk menebus kekecewaan saya dua tahun lepas disebabkan oleh kerosakkan pada jentera saya.”

Menurut Pang Yok You, pemilik and pengurus pasukan YYPang Yamaha Racing, “Untuk pusingan yang akan datang, kami telah mengubah “setting” enjin. Perbezaannya di antara litar besar dan litar kecil agak ketara dan “setup” yang bersesuaian amatlah penting untuk mencapai tahap optimum jentera.”

“Pelumba-pelumba kami juga akan meneruskan latihan fizikal kerana bagi litar teknikal yang kecil, pelumba memerlukan tahap stamina yang tinggi.”

“Kami memang menanti-nantikan perlumbaan di Jempol. “Street-race” adalah tradisi Cub Prix dan kami berharap dengan kembalinya Cub Prix ke litar sementara ini akan menyemarakkan lagi minat masyarakat kita.”

Dapatkan info terkini di www.malaysiancubprix.com

Ikuti kami di Facebook

, , ,