fbpx

KESELAMATAN PELUMBA, KEUTAMAAN MAJU MOTOR

Tetapkan contoh yang mengagumkan, pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor berada di kelas tersendiri apabila muncul pasukan pertama yang mengenalkan penggunaan sut perlumbaan yang dilengkapi dengan sistem beg udara demi keselamatan pelumba di arena sukan permotoran berprestij tinggi negara, Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub prix bagi edisi ke-31.

Dua pelumba pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor, Nazirul Izzat dan Haziq Fairues menjadi perhatian pada pusingan pembuka tirai musim ini apabila menggunakan sut Alpinestars yang dilengkapi dengan teknologi Tech-Air.

Ia bukanlah benda baru bagi pasukan tersebut! Mereka dah lama rancang, Kita je lalai! Eh!

Apa kata kita dengar apa yang pemilik pasukan, Mr Yong komen mengenai sut ini.

“Sebenarnya kami dah mula menggunakan sut ini sejak tahun lalu cuma di perlumbaan peringkat Asia, Asian Road Race Championship, ARRC. Kami merupakan pasukan pertama bagi kategori underbone 150 menggunakan sut ini yang ditaja sepenuhnya oleh Alpinestar yang merupakan penaja kami sejak 2018.

“Memahami kesengitan dan tahap perlumbaan yang meningkat di Cub Prix, mereka turut menaja untuk kejuaraan MCP bagi kategori elit, CP150. Bagi kami ‘riders always comes first, rest is next.’ Mereka mempertaruhkan nyawa demi pasukan dan dirinya juga. Jadi, kami beri keutamaan kepada keselamatan mereka.”

You are the best, Mr Yong! ^.^

PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor bukanlah nama asing dalam arena permotoran dua roda negara. Ditubuhkan pada 1993 berlokasi di Seksyen 16, Shah Alam, mereka memiliki pengalaman di lebih 20 tahun dalam perlumbaan MCP sekaligus melahirkan ramai pelumba ternama. Mereka juga menjadi perintis dalam pengubahsuaian dan naik taraf enjin motorsikal.

Dah boleh jadi ‘Kapla’ Project Cub Prix! JK JK

Bagi pemilik pasukan berbanding dengan perkakasan keselamatan yang mereka menggunakan sebelum ini, sut yang mempunyai sistem pintar pengesanan kemalangan dengan enam sensor bersepadu itu lebih sesuai untuk perlumbaan bertaraf tinggi.

“Kami sentiasa mengikuti perkembangan dan pembaharuan yang dilakukan dalam perlumbaan antarabangsa seperti MOTOGP dan sebagainya supaya kami mula menerapkan di arena cub prix. Tahap saingan di MCP bukanlah kaleng-kaleng punya race. Pelbagai kemajuan telah dicapai dalam 3 dekad ini dan tahap saingan pun lebih sengit.

“Jadi, kami rasa ia adalah penting dan kami akan memperkembangkan lagi penggunaan sut ini. Alpinestar sudahpun mewajibkan penggunaan airbag sebagai salah satu perkakasan keselamatan dalam sut tak kisah juala atau taja, kesemua sut mereka kini dikeluarkan sekali dengan airbag.”

Juara kategori CP150 tahun 2021 itu, kini turun dengan misi merampas semula gelaran juara keseluruhan individu dan pasukan bagi edisi ke-30.

“Dengan pembaharuan yang kami usahakan, saya harap pelumba akan lebih konfiden mengharungi setiap pusingan musim ini. Mereka memang pelumba yang handal. Jadi, saya harap mereka dapat mempamerkan aksi yang lebih cekap dan lebih berani berbanding sebelum ini. Hal ini kerana, dengan adanya sut ini akan melindungi segala aspek keselamatan secara menyeluruh.

“Sasaran utama kami untuk bagi musim ini. CP150, kutip mata sebanyak mungkin. Mata itu adalah penting dan menamatkan perlumbaan di garisan penamat dengan selamat. Sudah pastinya semua pasukan akan beraksi dengan keinginan untuk menjadi juara musim tertentu, sebab tahun baru lembaran baru dan kita tak tahu siapa yang akan naik siapa yang akan turun. Walaubagaimanapun kami sasarkan mengikut kemampuan kami apatah tahun ini adalah sedikit istimewa di mana kita baru sahaja menyambut kejayaan 30 tahun.”

Pasukan Sprinta Yamaha Maju Motor akan memulakan saingan pusingan kedua di Jempol, Negeri Sembilan, minngu ini.

Hobin Jang Hobin!

Dapatkan info terkini di www.malaysiancubprix.com

Ikuti kami di Facebook