“Sentiasa tunduk ke bumi ikut resmi padi. Semakin tunduk semakin berisi. Jangan terlalu cepat berpuas hati, kerana perjalanan masih panjang lagi.”
Itu apa yang dinasihatkan oleh bekas pelumba tempatan pertama negara yang mengibarkan bendera Malaysia di persada dunia kepada anaknya yang kini membisa di Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix, Shahrol Syazras Syahrol Yuzy.
“Saya memang tidak sangka dapat menjejaki podium pada pusingan pertama sebab saingan sengit sangat. Ke depan.. ke belakang.. dipintas.. drama drama.. Phewww… Masa di lap terakhir tu pada pandangan saya, semua pelumba kurangkan laju dan mungkin mereka tengah fikir untuk ‘execute’ strategi mereka. Saya ambil chann. Hahaha.. kalau bukan sekarang bila lagi kan. Saya meningkatkan kelajuan dan terus ke depan. Boom!! Shahrol di atas Podium!!”
“Apapun buat masa ini, saya tidak mahu ‘carried away’ dengan keputusan di satu pusingan ini. Ada sembilan lagi pusingan bagi musim ini. Seperti apa yang ayah saya nasihatkan saya tidak mahu cepat berpuas hati. Kepuasan itu terletak pada usaha, bukan pada pencapaian hasil.” kataya.
Syazras yang mula berkecimpung arena Kejuaraan PETRONAS Cub Prix sejak 2017 bersama pasukan milik bapanya Honda Yuzy Idemitsu Team dalam kategori WIRA KBS. Ketika itu pelumba itu berusia 15 tahun. Jelas ia bukan mudah untuk memberi saingan di pentas yang cukup berkompetitif. Syazras agak bergelut pada tahun pertamanya apabila mengakhiri musim tersebut di tangga ke-18 tanpa podium dengan 11 mata.
Tidak putus asa, pelumba berusia 21 tahun itu, tetap mencuba nasibnya di kategori yang berbeza setiap tahun berikut. Hasil titik peluhnya tidak kerugian, Syazras membuka tirai musim edisi ke-30 yang cukup istimewa ini dengan langkah kanan.
“Nak kata rezeki, memang rezeki letak pada pihak saya kali ini. Tapi pada masa yang sama saya harus berterima kasih kepada pasukan untuk menyediakan jentera. Jentera memang cun! Cekap dan bila saya duduk atas jentera pun dah rasa konfiden.
“Musim lepas saya memang ‘try hard’ untuk menimba pengalaman sebanyak mungkin daripada pelumba-pelumba senior, dari segi riding style, skill, technic dan sebagainya. Mereka sangat hebat dan terutamanya, teammate saya, Azroy! Dia tenang je bawa moto, on track ke off track ke, dia memang sangat tenang mengendali keadaan.
“Saya amat kagum setiap kali tengok dia. Saya harap boleh jadi macam dia ah satu hari nanti…”
Syazras bukan sahaja mempamerkan kemajuan dari segi prestasi tetapi juga sebagai seorang pelumba yang matang. Kian hari Kian mengagumkan. Bukan senang untuk beraksi dengan memikul tekanan sebagai anak kepada seorang legenda yang pernah memahat nama di mata dunia.
Dalam masa hampir enam tahun perjalanan di arena Cub Prix, Syazras berjaya mengalih tekanan itu ke cabaran yang membawa dirinya ke depan.
Kini adalah masa untuk melakar sejarah tersendiri bukan memuaskan atau menghirau kata orang!
“Bagi saya kekuatan mental itu sangat penting supaya saya dapat fokus semasa training atau di atas litar. Jika saya pandai mengawal emosi saya juga boleh ‘execute’ apa yang kami rancang untuk setiap pusingan. Selain itu fitness. Jogging adalah pilihan utama saya untuk kekalkan tahap fizikal dan mental saya.
“Selainnya saya lakukan aktiviti kecergasan yang saya suka.”
Membekalkan semangat kemenangan pusingan lal, Syazras akan beraksi di pusingan seterusnya yang bakal berlangsung minggu ini di Jempol, Negeri Sembilan.
“Bagi saya, sebelum saya target nak naik podium, saya target nak habiskan race dulu itu yang penting. Sentuh garisan penamat itu yang penting. Tanpa apa2 isu, dengan selamat dan kutip mata yang sebanyak mungkin. Kalau podium, of course lah happy!
“Apa-apa pun kita doakan yang terbaik. Doa kedua ibu bapa saya mesti mengiringi setiap perlumbaan saya. Masa saya naik podium haritu, kegembiraan di mata ayah saya, tidak terkata. Kalau boleh nak lihat di setiap pusingan lah.. Insyallah.. hahaha!” Bisa aja Syazras, Jalan Teruih!! Gulakkk!!
Dapatkan info terkini di www.malaysiancubprix.com
Ikuti kami di Facebook