Setelah mengharungi cabaran dan suka-duka selama dua tahun di bawah kawalan Prosedur Operasi Standard (SOP), kini rakan-rakan penaja yang terus setia bersama Cub Prix akan kembali meriahkan Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix bagi musim ke-29.
Penaja-penaja kami yang tidak jemu menjadi pendamping bagi memastikan aksi di luar litar kejuaraan meriah dan menjadi nilai tambah untuk peminat-peminat kejuaraan ini dengan pelbagai promosi dan aktiviti istimewa. Pelbagai promosi yang dijalankan adalah untuk menambahbaik kedudukan jenama dan produk mereka di kalangan pengguna tempatan amnya dan peminat Cub Prix khasnya.
Pelbagai produk yang berkait rapat dengan industri ini akan dipamerkan dan dibuka untuk jualan dengan tawaran istimewa. Pengujung bukan sahaja dapat menambah pengetahuan mengenai produk tersebut malah mungkin berpeluang mendapat tawaran yang tidak diperolehi diluar sana.
Peranan penting penaja-penaja kami secara tidak langsung menyumbang kepada perkembangan industri sukan pemotoran dan negara kita. Keberkesanan strategi promosi dan pendedahan jenama mereka kepada penduduk tempatan adalah pemangkin kepada kejuaraan ini kerana ia mendorong dan menarik minat generasi baru untuk menyelami dunia pemotoran dalam erti kata sebenar.
Proses simbiosis di antara industri pemotoran dan penaja-penaja kami memang diakui oleh wakil-wakil syarikat yang mengadakan pelbagai aktiviti di kawasan khemah promosi Cub Prix. Kebanyakkan daripada mereka menganggapnya sebagai medan pemasaran yang paling strategik untuk mengembangkan jenama produk mereka bukan sahaja kepada peminat Cub Prix malah kepada penduduk di sekitar kawasan berlangsungnya kejuaraan ini.
Selain khemah PETRONAS dan produk berkaitan permotoran yang sering kali menjadi tumpuan utama, juga terdapat khemah-khemah berkaitan kulinari, minuman dan telekomunikasi di sekitar perkarangan litar. Bukan sekadar perlumbaan, suasana di arena Cub Prix semangnya adalah suatu pengalaman yang tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata tetapi hanya dapat dialami dengan mengunjunginya.
Cub Prix bersama keluarga penajanya mengalu-alukan kunjungan anda sekeluarga untuk mengalami suatu pengalaman yang menakjubkan di Litar Sepang (Utara) pada 12-13 Mac nanti apabila Pusingan 1 Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix akan kembali berlangsung.







Dapatkan info terkini di www.malaysiancubprix.com
Ikuti kami di Facebook