fbpx

KELAS PERLUMBAAN BAHARU CP125 DIPERTANDINGKAN DALAM KEJUARAAN CUB PRIX MALAYSIA PETRONAS 2020


Kelas perlumbaan baharu CP125 yang sepatutnya bermula bulan Mac tahun ini, akhirnya ‘turun litar’ minggu ini setelah sukan permotoran diberikan lampu hijau untuk memulakan aktiviti kejohanan.

Seramai 20 pelumba dari lapan pasukan akan menyertai kategori baharu ini di Pusingan 1 yang berlangsung di Litar Antara Sepang pada 17 dan 18 Julai. Kategori CP125 akan menggantikan kelas CP115 yang bermula dalam musim 2009.

Pelumba PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ, Ahmad Syukran Aizat antara pelumba yang mampu mencuri tumpuan dalam kelas baharu ini. Syukran, juara bertahan CP115, berazam untuk terus menggalas cabaran baharu ini. Kategori CP125 ini turut menarik penyertaan ramai pelumba muda yang kian menyerlah seperti Shafiq Rasol dan Shahrol Syazras Shahrol Yuzy.

Seperti yang telah diumumkan, pusingan pembuka tirai Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS 2020 akan berlangsung tanpa kehadiran penonton. Namun, para peminat Cub Prix boleh mengikuti perkembangan terkini dari siaran langsung menerusi Facebook and YouTube rasmi Cub Prix. Perlumbaan akhir pada hari Sabtu juga akan disiarkan secara langsung di TV1 dan Astro Arena bermula dari jam 2:00 petang.

, ,