fbpx

KELAS CP125 DAPAT SAMBUTAN POSITIF


Penganjur Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS, Safe Aim Mutual Sdn Bhd, terus mengambil inisiatif untuk membawa perubahan terhadap perlumbaan paling berprestij di Malaysia itu.

Bagi memastikan kejuaraan nasional itu semakin mencabar, maka musim 2020 bakal memperkenalkan kategori baharu iaitu CP125.

Ia akan menggantikan kelas CP115 yang mula diperkenalkan di Cub Prix pada tahun 2010.

Perubahan itu ternyata mendapat sambutan yang baik daripada pasukan yang bersaing dalam kejuaraan nasional itu kerana kategori baharu itu akan memudahkan semua pasukan untuk mendapatkan data terperinci berbanding CP115.

Kelas CP125 ini menggunakan ‘fuel injection’ dan ia memberi ruang kepada pasukan untuk mendapatkan data terperinci sama ada daripada aspek GPS, log data, pengesahan suhu mahupun ‘speed limiter’.

Namun, beberapa bahagian elektroniknya perlu ditambah menggunakan produk bersesuaian bagi membantu mengesan d ata yang diperlukan.

Selain itu, CP125 ini turut memberi kelebihan kepada para pelumba kerana ia akan memberi ruang kepada mereka untuk belajar berdasarkan data yang telah dikumpulkan.

Justeru, maka tidak hairan kenapa perubahan ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada semua pasukan yang beraksi di Cub Prix kerana ia satu langkah yang sangat positif dalam usaha untuk menambahkan lagi warna baharu dalam kekjuaraan dua roda tertua di negara ini.

Ia akan memberi kelebihan bukan sahaja kepada pelumba, tetapi juga kepada para mekanik, sekali gus akan membantu memudahkan tugas masing-masing.

Sejak kelas CP115 diperkenalkan kira-kira 10 tahun lalu, banyak perkara menarik dapat disaksikan terutama dalam perebut  untuk gelaran juara keseluruhan.

Tiada pelumba yang mampu mengekalkan kejuaraan dan ia sering bertukar tangan pada setiap tahun.

Namun, tradisi tersebut berubah pada edisi 2016 dan 2017 yang menyaksikan pelumba asal Kuala Lumpur, Mohd. Akid Aziz berjaya mempertahankannya.

Dia satu-satunya pelumba yang mampu melakar gelaran juara keseluruhan dua tahun berturut-turut.

Apa pun, dengan kehadiran kategori baharu pada edisi 2020 ini nanti, ia akan membuka persaingan yang lebih sihat kepada semua pelumba serta pasukan.

Apa kata pengurus pasukan mengenai kelas CP125

“Perubahan ini dilihat sangat baik iaitu daripada karburator ke injection. Pada masa yang sama, setiap perubahan itu akan melibatkan kos yang tinggi tetapi apabila perubahan dah berlaku dan berlumba dalam kelas CP125, saya berpendapat kos akan menjadi lebih rendah sebab dalam injection macam-macam perkara boleh dibuat, jadi saya rasa ia baik juga untuk pelumba. 

Jadi, kepada para pelumba yang bermula daripada bawah, injection ini membolehkan kita mengumpul maklumat baik dari segi tunggangan. Ia memang cukup baik untuk semua pasukan terutama pasukan kami. Kami berharap pertukaran dari CP115 ke CP125 adalah pertukaran yang baik. InsyaAllah tahun 2020 ni kami akan dapat keputusan yang baik untuk CP 125.”

–        Shahrol Yuzy Ahmad Zaini (Idemitsu Honda Yuzy Racing)

“Bagi saya perubahan kelas CP115 kepada CP125 amat bagus sebab apa yang kita lihat kategori 115 sudah terlalu lama dipertandingkan. Saya percaya kelas CP125 ini bagus buat semua pasukan dan pelumba untuk belajar. Kalau kita lihat, 125 ni menggunakan fuel injection dan setiap pelumba lebih cepat belajar memandangkan pasukan akan mempunyai data log. Dalam masa yang sama, setiap sesi kita boleh buka data log untuk menilai kelemahan seseorang pelumba,”

–        Ahmad Fuad Baharuddin

“Kelas CP115 sebenarnya memberi kelebihan kepada para pelumba saya. Langkah memperkenalkan kelas CP125 mungkin tiada beza dan pelumba saya tetap mampu melakukan yang terbaik. Model baharu agak berbeza jadi mungkin rider perlukan beberapa se si latihan untuk menyesuaikan diri dengan jentera baharu.”

– Pang Yoke You (Motul Yamaha YY Pang Racing)

Juara terdahulu kelas CP115

2010 – Ramdan Rosli

2011  – Shahril Izzuwan Mohd Noor

2012 – Amirul Ariff Musa

2013 – Ahmad Afif Amran

2014 – Izzat Zaidi

2015 – Kasma Daniel Kasmayudin

2016 – Akid Aziz

2017 – Akid Aziz

2018 – Tengku Amirul Haffiruddin

2019 – Ahmad Syukran Aizat

, ,