Kasma Daniel Kasmayudin dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor merekodkan masa terpantas bagi sesi kelayakan Pusingan Ketujuh, Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix bagi kategori CP150.
Kasma Daniel Kasmayudin dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor merekodkan masa terpantas bagi sesi kelayakan Pusingan Ketujuh, Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix bagi kategori CP150.
Pusingan ketujuh yang berlangsung di Litar Permotoran Terengganu telah menyaksikan 25 pelumba beraksi untuk memperkukuhkan lagi kedudukan mereka secara keseluruhan. Kali ini, Kasma mengambil gelaran pelumba terpantas bagi sesi kelayakan di litar Terengganu apabila beliau mencatatkan masa 48.112s.
Pada pusingan keempat yang berlangsung di litar yang sama, Kasma mengambil tempat ketiga di sesi kelayakan tetapi menamatkan perlumbaan akhir di tempat pertama. Kini Kasma telah menandakan nada positif lebih awal lagi bagi pusingan ketujuh dengan catatan masa yang lebih bagus daripada catatan sebelumnya di Litar Terengganu iaitu 49.260s.
Menurut Kasma, “Keputusan di Litar Terengganu selalunya adalah baik bagi pasukan saya. Saya tidak menyangka akan mendapat catatan masa yang baik kerana saya hanya ingin melayakkan diri ke sesi “Super Pole”.”
“Saya berterima kasih kepada pemilik pasukan ini kerana sentiasa mempercayakan saya dan memberikan saya jentera yang lebih bagus berbanding dengan yang lain. Untuk sesi “Super Pole” dan perlumbaan akhir nanti, saya akan cuba buat seperti hari ini dan mungkin lebih baik supaya dapat menaiki podium.”
Di tempat kedua terpantas adalah Azroy Hakeem Anuar dari pasukan Honda Yuzy Idemitsu Team dengan catatan masa 48.241s.
Md Helmi Azman dari pasukan SCK Honda Racing Team yang mencatatkan masa yang sama dengan Azroy mengambil tempat ketiga terpantas.
Dapatkan info terkini di www.malaysiancubprix.com
Ikuti kami di Facebook