Jika anda masih ingat, pada awal musim Kejuaraan Malaysian Cub Prix edisi yang cukup istimewa iaitu edisi ke-30 diperhangatkan dengan kehadiran dua pasukan baharu dalam dua kelas perlumbaan masing-masing di kelas CP125 dan lubuk bakat baharu, WIRA KBS. Mereka hadir bukan sekadar menimba ilmu tetapi dengan melaungkan amaran awal untuk tidak memandang rendah terhadap kemampuannya.
Laungan itu bukan hanya angan-angan mat jenin, membuktikan frasa itu pasukan Yamaha ESTREMO 27 Racing yang memiliki falsafah ‘Push The Limit’!
Pasukan yang dikendali oleh seorang yang memiliki pengalaman hampir dua dekad dalam arena permotoran di belakang tabir dan seorang yang pernah memikul beberapa jawatan penting bersama beberapa pasukan ‘senior’ di MCP serta pasukan permotoran luar negara, serta seorang yangsudah pastinya mengenali selok belok perlumbaan jentera dua roda ini. Namanya Erman Subri atau lebih dikenali Ah Fong.
Ah Fong juga pernah memegang jawatan seperti Ketua Mekanik, ketua Jurutera Data dan pernah terlibat dalam pembangunan dan penyelidikan modal (R&D) mempunyai hala tuju yang lebih jelas. Kemampuannya kini dibuktikan dengan prestasi semasa di saingan jentera dua roda berprestij kebangsaan, selepas 7 pusingan menghampiri penghujung musim 2023.
“Selepas pusingan 7, Saya rasa prestasi pasukan kami adalah konsisten. Apabila saya menyatakan pasukan saya bukan hanya bertuju kepada pelumba atau kemenangan mereka tetapi juga ‘staff’ dibelakang tabir yang boleh disifatkan tulang belakang pasukan seperti mekanik, penganalisis data dan krew. Mereka semua memiliki perkembangan yang progresif dan positif. Sama-sama kami belajar dan sama-sama kami menimba pengalaman,
“Apabila pada awal musim saya menyatakan kami tidak mahu dilihat sebagai ‘underdog’, ini apa yang saya maksudkan. Kebolehan kami secara berpasukan dan kini kami berkembang secara berpasukan. Saya bersyukur kerana pasukan kami mempunyai ahli ahli yang bersemangat dan tidak kena erti putus asa. Mereka adalah inspirasi sebenarnya.
“Dan apa yang saya boleh berikan kepada pasukan adaah pendedahan kepada ilmu dan faedah yang kita perolehi dari musim ini untuk kegunaan di masa hadapan pelumba dan ahli pasukan. Pendedahan kepada teknologi Baharu serta ketepatan data perlumbaan juga menjadi tarikan pelumba serta ahli pasukan.
“We are creating the culture,” katanya peminat tegar pelumba Kejuaraan Dunia, MotoGP, Casey Stoner itu.
Kecekapan pasukan Estremo 27 Racing dibuktikan apabila mereka berjaya memecahkan pertahanan PETRONAS Sprinta Yamaha – 31 Racing yang mendominasi carta kategori WIRA KBS yang menduduki tiga tangga teratas untuk beberapa edisi berturut-turut. Tentangan sengit turut diberi satu lagi pasukan baharu, Bad Lab Honda KC Racing yang juga bukan kaleng-kaleng. Memasuki pusingan ke-8 minggu ini, saingan kelas WIRA KBS semakin mencabar, dramatic tetapi yang paling mustahak, ia adalah saingan yang sihat.
“Sememangnya pencabar utama kami adalah dari Pasukan Petronas Yamana 31 Racing dan pasukan Honda Bad Lad. Pasukan-pasukan ini merupakan pasukan yang berpengalaman lebih luas. Pelumba- pelumpa dari pasukan ini masing-masing mempunyai pengalaman melebihi dari dua tahun. Untuk pasukan kami yang hanya bermua pada tahun ini dan kurang pengalaman dalam kategori Wira, ini sememangnya agak sukar tetapi tidak mustahil.” Jelas Ah Fong.
Pelumbanya, Ahmad Iqram Danish Ahmad Ghazali kini menduduki tangga kedua carta WIRA KBS dengan mengutip 73 mata di mana 21 mata dibelakang pendahulunya dari 31 Racing. Sebagai pasukan baharu menakluki kedudukan di kelompok lima teratas ialah sesuatu yang harus dipuji.
Adakah gelaran juara keseluruhan menjadi tumpuang mereka di penampilan sulungnya?
“Semua pasukan mahukan gelaran Juara keseluruhan. Buat pasukan kami yang mula beroperasi pada tahun ini, cabaran ini memang ada sedikit sukar. Tapi fasafah pasukan kami “PUSH THE LIMIT” menjadi pegangan kami. Pemerhatian saya sendiri, pasukan kami memerlukan dana yang mecukupi serta kelengkapan yg cukup untuk memperbaiki prestasi serta pasukan kami. Ini adalah apa yang kami usahakan buat masa ini dan pada masa yang sama pencapaian di setiap perlumbaan. “Bagi pusingan Seterus kami akan cuba yang terbaik seperti setiap perlumbaan. Litar baharu bukan untuk kami saja tetapi untuk semua. Jadi, fair play it is!!!” teruja dengan saingan di Litar Medini minggu ini, Ah Fong mengharapkan yang terbaik.
Dapatkan info terkini di www.malaysiancubprix.com
Ikuti kami di Facebook