KALENDAR KEJUARAAN CUB PRIX AAM MALAYSIA PETRONAS MUSIM 2019

Kejuaraan Cub Prix AAM MAlaysia PETRONAS secara rasmi mengumumkan kalendar perlumbaan bagi musim 2019 dengan memperkenalkan satu venue baharu dan juga kembalinya Litar Sepang ke dalam kalendar Kejuaraan Cub Prix.

Sama seperti musim terdahulu, kejuaraan kebangsaan yang terbuka kepada semua pengeluar (kelas terbuka) akan berlangsung sebanyak 10 pusingan semusim .

Perlumbaan pembukaan musim akan berlangsung di Jasin, Melaka pada 23 dan 24 Mac 2019.

Litar Sepang akan kembali ke dalam kalendar Kejuaraan Cub Prix musim ini sebagai venue penutup tirai musim 2019 pada 7 dan 8 Disember.

Venue seperti di Batu Kawan, Teluk Intan, Kuala Terengganu dan Jempol akan terus berada dalam kalendar kejuaraan musim ini.

Kalendar kejuaraan musim 2019 seperti jadual berikut.

 

PUSINGAN
TARIKH VENUE
Pusingan 1 23 – 24 Mac, 2019 Jasin, MELAKA
Pusingan 2 13 – 14 April, 2019 Batu Kawan, PULAU PINANG
Pusingan 3 3 – 4 Mei, 2019 Tangkak, JOHOR
Pusingan 4 20 – 21 Julai, 2019 Akan Diumumkan
Pusingan 5 23 – 24 Ogos, 2019 Kuala Terengganu, TERENGGANU
Pusingan 6 7 – 8 September, 2019 Teluk Intan, PERAK
Pusingan 7 5 – 6 Oktober, 2019 Kangar, PERLIS
Pusingan 8 19 – 20 Oktober, 2019 Akan Diumumkan
Pusingan 9 16 – 17 November, 2019 Jempol, NEGERI SEMBILAN
Pusingan 10 7 – 8 Disember, 2019 Sepang Circuit

Teruskan memberi sokongan kepada pelumba-pelumba tempatan dan pelumba kegemaran anda di setiap lokasi sepanjang musim 2019.

MCP2019-Calendar-v2


Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *