fbpx

JASIN BESTARI PEMBUKA TIRAI 2024


Kehangatan saingan Kejuaraan PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix sudah mula dirasai dengan dengan terus dirancakkan lagi dengan pelarasan baharu bagi setiap pelumba dalam sukan permotoran dua roda berprestij kebangsaan itu.

Kali ini saingan membuka tirai di Litar Jasin yang terletak di Bandar Jasin Bestari, Jasin, Melaka pada 2 Mac ini. Litar ini menjadi venue saingan pembuka tirai buat kali kedua sejak diperkenalkan dalam Kalendar Cub Prix pada 2017. Jasin merupakan venue baharu kedua musim tersebut setelah Litar Lumba Tangkak, Johor yang siap sepenuhnya pada tahun yang sama sekaligus menjadi hos bagi pusingan kedua.

Antara momen yang paling tidak dilupai selepas memperkenalkan litar ini adalah siri jelajah Cub Prix yang telah berkonvoi hampir ke seluruh negeri Melaka bagi mempromosikan Cub Prix Jasin. Sejak itu, sambutan dan kerjasama erat terutama dari pihak Majlis Perbandaran Jasin serta peduduk temapatan sangat menggalakkan.

Selepas diperkenalkan pada tahun 2017, tahun 2019 Jasin dipilih sebagai venue saingan pertama Kalendar Cub prix buat julung kalinya dan memandangkan kedudukannya yang terletak berhampiran jalan utama, peminat sukan permotoran terutama di sekitar Melaka dan Johor telah membanjiri kawasan perlumbaan untuk menyaksikan persaingan sengit diantara barisan pelumba-pelumba senior dan barisan pelumba pelapis negara.

Tidak boleh dinafikan satu-satu permulaan itu sungguh mustahak bagi setiap individu untuk mendapatkan momentum dan suntikan semangat bagi meneruskan rentak kecemerlangannya.

Bagi mereka yang membuka lembaran baharu tak kisah di bidang apa pun, sudah pastinya keinginan mereka untuk mempunyai permulaan positif itu akan wujud dalam dirinya agar ia menjadi motivasi untuk langkah-langkah seterusnya. Seperti kata orang dulu-dulu, mulalah dengan langkah kanan..

Jadi, harus kita akui bagi musim Jasin bakal menjadi dorongan kepada pelumba-pelumba memulakan saingan dengan lebih positif. Apatah lagi dengan adanya pelarasan baharu.

Apa kata pelumba-pelumba yang tidak sabar memulakan saingannya di musim 2024.

Md Akid Aziz – Pelumba Honda Eastremo Yuzy Racing, CP150

“”Litar Jasin antara yang tercantik dan juga mencabar. Pelarasan baharu mungkin akan sedikit memberi tekanan dan cabaran yang berbeza kali ini. Ia merupakan kemenangan pertama jika saya berjaya di sana, jadi saya harap dapat buat permulaan yang baik.”

Azroy Hakeem Anuar – Pelumba Honda Yuzy Racing, CP150

Trek ini agak sukar bagi saya sebab jentera Honda ada kelebihan di selekoh panjang tapi di sini memihak ia lebih memihak kepada Yamaha.  Jadi, saya agak bergelut dengan trek di sini jadi dalam perlumbaan, apapun saya tekad memberikan Keputusan yang terbaik dan menamatkan perlumbaan dengan selamat.”

Aqeel Danish Zaeirmanhady – Pelumba Petronas Sprinta Yamaha – 31 Racing, CP125

“Litar Jasin ini antara favourite saya. Cabaran kali ini  agak berbeza dengan jentera baharu di kategori yang berbeza dan di antara pelumba-pelumba yang berpengalaman, saya harap ia akan menjadi satu permulaan yang bagus bagi saya untuk meneruskan semusim ini dengan Keputusan yang positif.”

Saingan Kejuaraan PETRONAS MAM Malaysia Cub Prix akan membuka tirainya pada minggu ini.

Dapatkan info terkini di www.malaysiancubprix.com

Ikuti kami di Facebook