fbpx

“ARWAH PAKCIK INSPIRASI SAYA MENJEJAKI LITAR” – AQEEL DANISH, CP125


Setiap pelumba yang mula berkecimpung dalam dunia sukan permotoran, masing-masing mempunyai jalan cerita tersendiri timbulnya minat terhadap sukan jentera dua roda ini. Adanya inspirasi di sebalik kehidupannya yang membuatkan mereka mencuba sukan yang cukup mencabar.

Bagi pelumba Castrol Power1 Ultimate Honda Racing Team, Aqeel Danish Zaiermanhady yang kini menjejaki dunia sukan permotoran secara profesional di Kejuaaran PETRONAS MAM Malaysian Cub prix edisi ke-31, turut adanya seorang insan yang memetik jiwa muda itu untuk mencubanya seperti omputih kata ‘give a shot’, malah percubaannya tidak sia-sia apabila pelumba berusia 19 itu berjaya melangkah ke sukan permotoran di peringkat yang lebih tinggi bagi musim 2024.

Aqeel yang bakal memulakan saingannya di kelas CP125 meluahkannya, arwah pak cik yang juga bekas pelumba Cub Prix adalah inspirasi utama untuk dia berada di sukan ini.

“Saya mula berkecimpung dalam sukan permotoran sejak umur saya 6 tahun dengan mini bike namun hentikan buat seketika atas beberapa alasan dan kembali ketika berusia 17 tahun. Walaupun ia agak lambat sedikit untuk menceburi sukan ini tetapi minat terhadapnya tetap membuatkan saya untuk mencuba semula. Pada awalnya, saya hanya melihat arwah pakcik saya berlumba, tetapi lama-lama saya pun terjatuh cinta dengan deruman dua roda dan juga kelajuan jentera. Setiap kali saya tengok dia beraksi di setiap Turn, saya akan fikir boleh ke saya pun menunggang seperti dia… persoalan itulah permulaan kepada segalanya.

“Jadi, bila pakcik saya sendiri dalam sukan permotoran, saya tidak terima apa-apa bantahan dari keluarga terutamanya ibu bapa bila saya beritahu mereka minat saya. Mereka sangat menyokong dari hari pertama sehinggalah hari ini. Sudah tentu kerisauan itu ada sebab sukan permotoran ini sukan yang berisiko tinggi, tetapi mereka tidak pernah menghalang minat saya. Terutamanya kedua-dua ibu bapa saya.”

Pelumba kelahiran Pulau Pinang itu, mula beraksi di kategori Yamaha 135LC Tekhne  Challenge selama  setahun di mana berjaya meraih gelaran sulungnya selepas mengutip 181 mata sekaligus berjaya menjejaki podium sebanyak lapan kali.

“ Selepas selesai musim 2023, saya telah menyertai pemilihan untuk pelumba honda di tangkak. Selepas sesi latihan, abg Yuzy telah datang kepada saya dan membuat tawaran untuk menyertai pasukan dia iaitu team Yuzy Racing. Saya agak terkesima apabila menerima tawaran sebab memang tidak percaya namun saya yakin dengan kemampuan saya  dan sudah pastinya ia adalah peluang terbaik bagi saya untuk membuktikan serta membelajar selok belok dunia permotoran.

“Abang Yuzy adalah legenda dan dapat belajar dengan beliau di bawah kendaliannya adalah sesuatu yang sangat berharga. Walaupun sudah berusia 19 tahun saya rasa tiada apa yang mustahil untuk dicapai. Banyak lagi saya perlu belajar sebab ada ramai lagi pelumba di luar sana yang sudah mahir dengan pengalaman bertahun-tahun. Saya beru mula menjinak, jadi, saya akan menimba ilmu sebanyak mungkin untuk meningkatkan prestasi saya.

“Yang paling penting saya mahu lebih matang ketika beraksi di litar dan juga di luar litar.. Saya tidak mahu letakkan harapan yang terlalu tinggi pada diri saya kerana ia sedikit sebanyak boleh beri tekanan pada diri saya sendiri. Ia akan membuat sukar untuk saya belajar di bawah tekanan dan pada masa yang sama saya juga tidak mahu mensia-siakan peluang yang diberi ini. “Saya yakin akan boleh membalas kepercayaan abang Yuzy terhadap diri saya. Jadi, saingan di litar  Jasin ini, saya harap dapat beri cabaran kepada pelumba-pelumba lain dan juga dapat meletakkan diri saya dalam kelompok pelumba terbaik. Kita tunggu dan lihat.”

Dapatkan info terkini di www.malaysiancubprix.com

Ikuti kami di Facebook