fbpx

IZAM PECAH REKOD MUSIM LALU DI JEMPOL

Di Pusingan 8 Kejuaraan PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix yang berlangsung di Dataran Seri Jempol, Negeri Sembilan hari ini menyaksikan Md Izam Ikmal Izamli dari PETRONAS SPRINTA YAMAHA – CKJ RACING mencatat masa terpantas pada sesi kelayakan kategori CP125 B.

Pada sesi latihan 2, Izam mempamerkan aksi cemerlang berjaya memecahkan rekod terpantas musim lalu 46:260s dimiliki oleh Md Irfan Haykhal Amidi dari HONDA KC RACING, selepas mencatatkan masa terpantas 45:747s, 0:921s di hadapan Md Shafiq Ezzariq dari JETRON YAMAHA YYPANG RACING TEAM. Manakala Md Irfan Haykhal Amidi dari HONDA KC RACING menduduki tempat ketiga dengan catatan 46:682s.

Kemudian pada sesi kelayakan, Izam sekali lagi perbaiki cacatan masa terpantasnya pada 45:917s, 0:298s di hadapan Danial Johan dari ONEXOX TKKR RACING TEAM, diikuti Irfan pada 46:396s untuk mengisi tempat ketiga.

Izam berkongsi, “Setup dari FP1 hingga ke sesi kelayakan, kami hanya tumpu mencari pelarasan yang terbaik untuk perlumbaan. Ini dikira adalah rezeki saya untuk memecahkan rekod musim lepas, jadi saya akan berusaha sebaik mungkin dalam sesi ‘Shoot Out’ nanti. Saya hanya akan kekal fokus untuk meneruskan momentum ini dan sudah melupakan pusingan lepas. Saya beryukur telah kembali sihat dan akan memulakan semula pada pusingan ini. Dengan baki dua pusingan lagi, saya berharap segala cabaran pada musim ini dipermudahkan.”