fbpx

IRFAN KEKAL CEMERLANG

Sementara itu, di kategori CP125 menyaksikan pelumba Honda KC Racing, Md Irfan Haykal Amidi yang berjaya mengekalkan momentum kemenangan selepas memenangi perlumbaan pusingan lalu di Jasin.

Sesi “Shoot Out” yang berlangsung pada waktu pagi tadi telah menempatkan Irfan di petak grid pertama apabila beliau mencatatkan masa terpantas pada 45:541s. Pelumba PETRONAS Sprinta Yamaha – 31 Racing, Md Syamil Amsyar Md Iffende yang mencatat 45:933s di petak grid kedua manakala Md Farish Iqmal Khayrul Elyas dari HONDA KC RACING dengan catatan 45:947s untuk berada di petak grid ketiga.

Perlumbaan akhir bermula dengan Syamil mendahului perlumbaan manakala Irfan mengikut rapat di belakang kemudian memintasnya sebelum memasuki lap kedua. Irfan konsisten mengetua i perlumbaan diikuti Syamil dan Aliff. Perlumbaan menyaksikan percubaan Aliff untuk memintas kedudukan Farish namun tidak membuahkan hasil, dan perlumbaan berakhir dengan Irfan meraikan kemenangan keduanya pada musim ini dengan catatan masa 11’34:032s.

Irfan berkongsi, “Pada perlumbaan tadi, saya bermula agak lambat, pada selekoh 7 baru saya dapat mengejar pelumba di hadapan, lap demi lap saya cuba konsisten dengan kelajuan, tetapi lap kelapan saya mendapati bahawa tayar saya semakin panas, jadi lap terakhir saya hanya menumpu untuk memacu jentera dengan tenang sehingga tamat perlumbaan.”

Syamil akur di tempat kedua dengan catatan masa 11’37:173s.
Farish pula mengambil tempat ketiga dengan catatan masa 11’42:478s.

Dapatkan info terkini di www.malaysiancubprix.com

Ikuti kami di Facebook